6 Tali.2 Mimpi.1 Hati.


pasti.suatu hari nanti.

kurang selasa.kiri ke kanan.cuba memperbaiki keaadaan.mencari sudut terbaik untuk terus bermaharajalela.masih,tak mampu.bingkas bangun terus dari katil.ke arah tandas.mencari sinki mecuci muka.melihat keluar,ini bukan pagi tapi tengahari.

kembali ke bilik.duduk sendirian di tepi katil.lantas mencapai gitarnya.dipetik satu2.mata dipejam sambil menyanyi dengan lirik datang dari hati.cuba dan terus mencuba.geram dengan bunyian yang dihasilkan lantas mengambil wayar hitam lalu dicucuk ke bawah gitar.suis dipasang.bunyi menjadi garang.sesuatu cuba di transmisikan.

sehingga lewat.dia begitu.hidup tanpa lesu.cuba juga dia membayangkan suatu hari nanti dia akan menghiburkan orang ramai.ramai.beribuan.berjutaan.biar pun hanya puluhan.dia akan tetap menyanyi.memejam mata.terus berkongsi.berlari jari dari chord A ke E kemudian ke G sambil menggoyangkan kaki kanan perlahan2.

kemudian,semua hanya mimpi.tapi bukankah mimpi itu kunci? kunci kepada hari2 yang menanti.bermimpi untuk menyanyi.menyanyi untuk berkongsi.bukan untuk si juri.juga tidak mahu bermimpi sesi fotografi di dalam kolam renang.dia juga tak mahu ke rtm.apatah lagi terlibat dengan astro.biarlah hanya berkarya dalam satu dunia hebat yang hanya diketahui oleh orang hebat.biar apa orang kata.dia kasi perlahan2.makan dunia.makan.

sedang melukis.anda semua lihat.dia berharap.si sebuah lokasi ini nanti.dia akan menyanyi biarpun suara tidak sepelangi Dato Siti.dia di bawah sebuah sinar lampu akan bersinar.mencari ruang untuk menakluki telinga2 para pendengar.dia akan mencipta suasana seperti kamu semua berdiri di terik matahari tetapi dibuai angin yang dingin buat semuanya jadi tenang.

dan ketika itu.hadirlah selepas persembahan dia seorang gadis berwatakan biasa tapi amatlah manis untuk dibuat bicara.terus berkata.

"hye kamu.u nak tidur dengan i tak malam ni?".

lantas dia menjawab.

"kenapa saya pulak ek?".

kemudian gadis berbaju kurung itu berkata.

"anak2 i semua nak nama diorang ber bin kan nama u".

selesai.segalanya.mimpi atau bukan mimpi.sama2 menanti.


4 comments:

CikMinahSayang said...

Pandai buat cerita :)
Bolehlah cari duit

Anonymous said...

yea..suatu hari sebuah mimpi tu boleh jd kenyataan.. :))

shned shahabuddin said...

hilman..i tak faham cerita ni. hehee;)

hilman.fikry said...

kerana ini mimpi saya.

xperlu fhm pun xape. =D