darah bangsawan

"bang, esok bangun awal.ikut ayah pergi lenggeng."kata ayah gua.

tanpa banyak tanya gua hanya mengangguk tanpa ingin tahu tujuan mahupun dimanakah lokasi sebenar lenggeng kerana gua agak kepenatan selepas pulang dari reunion di penang.

***

keesokan pagi.

"lenggeng kat mana bah? nak watpe pergi sana? babah nak kahwin lagi ke?"tanya gua di awal2 pagi.

"apa pulak.nak pergi kubur nenek moyang semua.nak bersih2 sikit."balasnya.

ditemani datukku sendiri,ayahku dan dua adikku kami lekas bertolak ke negeri sembilan.

sampai di tanah perkuburan terus atuk mencari kubur arwah nenek dan datuknya itu.ketika itu juga gua lantas mencapai cangkul dan memulakan kerja mencarik rumput2 nakal di sekitar pusara moyang ayahku itu.

kelihatan adik gua membelek2 batu nisan itu.lantas bertanya.

"datuk,nyang ni meninggal bila? sapa nama dia?"kata adikku yang berusia 10 tahun itu.

pada mulanya nampak sedikit keberatan untuk atuk gua memulakan bicara.namun digagahinya juga demi perasaan ingin tahu cucu2nya.

"nama dia orang kayo baginda.dia meninggal masa zaman jepun dulu"kata datukku dengan suara yang ditemani sedikit lelah.

"nyang kamu kene pancung dengan orang jepun.3 orang semuanya.pakcik datuk pun kena jugak"sampuk ayahku dari belakang.

gua terus bertanya pada ayahku.

"memang nama dia orang kayo baginda ke bah?".

"haah la.dia orang besar dulu.golongan2 bangsawan.kalau tak, tak kan lah dia tinggal banyak tanah untuk kita.dulu dia sorang je ada kereta kat kampung ni."cerita ayahku.

tiba2 adik gua bertanya"kenapa dia kena pancung dengan orang jepun?".

"orang jepun mintak dia bagi tau rahsia.tapi dia tak nak bagitau.cucu2 atuk pun kene jadi berani macam dia tau.sayang negara kita ni."kata datuk ku dengan harapan menggunung.

***

terasa seperti darah mulia yang sedang mengalir dalam badan gua ini.sesuatu yang gua boleh banggakan dan boleh diceritakan pada gadis2 comel.tidak sangka gua mempunyai sejarah keluarga yang sebegitu emas. jika shahidan jaafar baca blog gua ni, pasti dia ingin berjumpa dengan gua.

apa2 pun bermacam2 perkara yang sedang bermain dalam benak fikiran gua. sesuatu perlu gua ubah dan lakukan demi menjaga legasi diri sejarah keluarga gua.gua perlu ubah diri gua supaya gua dihormati seperti yang dilakukan nenek moyang gua.

selesai membersihkan kubur.

"jom. kita pergi kubur kat semenyih pulak."kata ayahku.

gua yang sedikit tersentak kerana gua sangkakan dah habis.

lalu datuk gua berkata,

"kat sana ada lagi.moyang ni kahwin 4.2 isteri di malaysia dan 2 lagi di indonesia,kubur kat semenyih ni kubur isteri kedua beliau.".

***

mak ai.tabik 7 langit buatmu.memang kau idola sepanjang zaman gua.

3 comments:

dila john said...

huhuhuuu..

keturunan org hebat2 nihh..

Doriyuckey said...

wuyyow :)

hilman.fikry said...

haha.ape2 pun kita datang dari cahaya yang same. =D