nota dua jantina

ternyata dalam psaikoloji perempuan mahukan rasa selamat bila bersama seorang lelaki. sekali lagi, letak tepi perempuan-perempuan yang pandang emas berlian, kereta dan rupa paras. namun gua pasti jauh dalam hati mereka tetap mahukan rasa selamat itu ada dalam lelaki idaman mereka.

personaliti lelaki yang dimaksudkan ini bukan seorang lelaki gangster ataupun abang long simpang kampung pandan. mungkin itu menjadi nilai tambahan. tetapi, pada sifat melindung yang ada pada seseorang lelaki akan membuatkan perempuan itu rasa selamat bila bersamanya. sifat ambil berat apabila sesuatu terjadi pada perempuan itu. sifat ingin tahu keadaan fizikal dan mental gadis itulah yang diidamkan seorang perempuan dari lelaki idamanya.

apabila ada rasa selesa bersama lalu timbulkan cerita-cerita bahagia. dari kajian gua sebelum ini personaliti lelaki yang buat perempuan akan rasa selamat boleh dilihat dari pelbagai sudut. contohnya dari rambut yang digayakan oleh lelaki itu. gaya-gaya rambut pailang, dreadlock, botak licin ataupun mohawk serba sedikit menimbulkan rasa selamat untuk gadis jalan bersamanya bila berjalan-jalan di kl. rambut ala-ala justin bieber gua kurang pasti.

karekter lelaki yang peramah dan disenangi ramai serta mempunyai kenalan yang ramai juga disukai perempuan. macam gua cakap tadi, itu membuatkan dia rasa selamat bersama orang yang dianggap sayapnya luas atas dunia ini. dan tidak dapat disangkal lagi, wang ringgit juga dipandang kerana ia kan mampu membeli keselamatan atas dunia. apa sahaja yang wang ringgit tak mampu beli, kecuali kebahagiaan.

jadi, ambil nota wahai rakan sejantina gua. bukan gua nak suruh jadi gangster. tapi, jadilah diri sendiri. ini kerana apabila kita sendiri percaya keupayaan diri kita sendiri secara otomatik kita akan sayang diri kita sendiri. dari situ berani akan timbul. dari situ keyakinan diri akan datang. jangan dibuat-buat, itu kan penipuan.

***

bagi seorang lelaki pula, mereka memandang perempuan yang subur. subur disini bukan hanya bermaksud subur dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. ini kerana lelaki suka memandang muka pasangannya yang mampu berikan rasa bahagia dan tenang apabila mereka bertentang mata. tidak kasih cantik atau tidak asalkan wajah itu memberikan rasa bahagia untuk dilihat.

rupa yang cantik menjadi pakej tambahan kerana sifat seorang lelaki yang mahu waris-warisnya bukan sahaja mewarisi kekayaan budi pekerti tetapi mewarisi kekacakan serta kecomelan ibu dan ayah mereka. ini bermaksud lelaki mahu anak-anaknya mempunyai rupa paras yang menyenangkan hati dan memberikan rasa yang sama apabila dia memandang wajah isterinya tadi.

buah dada yang ranum, potongan badan yang menarik, rambut lurus berbau wangi, peha kuning-kuning langsat adalah pakej tambahan. jangan risau kalau anda tiada benda ini. kerana seperti apa yang gua cakap tadi, wajah yang menenangkan sudah cukup untuk seorang lelaki. dan yang lebih penting perempuan itu subur dari segi mental. kebanyakkan lelaki lebih mementingkan kesuburan mental daripada kesuburan fizikal.

mudah sahaja kesuburan mental. perempuan yang mentalnya subur, ialah perempuan yang kuat dimata lelakinya. yang tidak mudah menangis. yang tidak menggunakan air mata untuk mencari rasa belas kasihan. yang tidak terlalu mengada-ngada dan tahu ada masa-masa tertentu untuk mengada-ngada dan bermanja-manja.

lagi, perempuan itu harus pandai belajar untuk berdiri sendiri. tidak terlalu mengikut keadaan semasa dan mudah terpengaruh dengan akhbar-akhbar tabloid ataupun majalah-majalah fesyen dan artikel-artikel hidup remaja. ini bermakna perempuan itu tahu untuk membuat keputusan tanpa berharap sepenuhnya pada lelaki untuk membantu mereka.

jangan risau bila terjatuh dan akan rasa keseorangan. macam biasa, lelaki yang tahu ambil berat akan datang secara otomatik dan menghulurkan tangan mereka untuk anda. cuma mereka akan lebih menyangi anda bila anda mampu menunjukkan anda lebih kuat dari mereka.

p/s- moga artikel ini membantu kalian.

6 comments:

Q said...

kalau perempuan tu mengaharpkan pertolongan dari seorang lelaki adakah menunjukkan dia lemah atau terlalu bergantung?

hilman.fikry said...

diantara memerlukan dan mengharapkan adalah dua konteks yang berbeza.

LailaAlfisyahr. said...

Perempuan harus kuat.
Hatinya harus di jaga, walaupun sepayah payahnya :')

Janji tuhan, akan ada setiap lelaki untuk setiap perempuan, insyaallah :'0

intan.maisarah said...

kuat kuat kuat.
gagah gagah gagah

Aika K said...

Perempuan menangis bukan sebab minta belas kasihan tapi sebab mmg dah jiwa halus. senang terusik. jiwa senstif. kadang2 tak minta pun air mata mengalir tapi automatik mengalir sendiri. jiwa perempuan sangat halus. sangat.

hilman.fikry said...

bezakan pemikiran antara komen intan maisarah dan atikah khalil.