Saiful + Shima by DopeFilm

Toe Live in Damansara

kaki


Dalam seni muzik ketepatan menjadi simbol kuasa mereka. Berada dalam industri muzik, mereka mempunyai identiti sendiri yang kukuh dan agak janggal jika ingin dibandingkan dengan seni seni muzik yang lain. Setiap bunyian membawa anda dalam satu bagasi terbang melalui atas bawah kehidupan. Laju perlahannya menjadi perangsang untuk anda goyang perlahan merenungi setiap nasib atau masa masa depan yang bermain di minda. Bagi yang tiba jiwa kelajuan, rancaknya membakar rasa rasa mati dalam hati.

Merekalah Toe, bunyi dari negera terkenal dengan matahari mendahului mereka.

Kehadiran mereka tadi di Kuala Lumpur membawa lebih 500 jejaka gadis berupa penuh jiwa tidak sabar membiarkan telinga mereka dijilat rapi bunyi bunyi Toe. Kelihatan beberapa manusia berupa sebiji macam orang jepun yang datang menghargai seni lahir dari budaya mereka sendiri. Kerana budaya itu sangat penting untuk sesuatu bangsa, dan lagu itu sangat penting dengan penuh budaya.

Penungguan agak menyakitkan dan mengebaskan kaki. Namun dengan penuh perasaan menyanjung Toe, kekebasan dijadikan punca untuk nadi nadi kekal bersedia menerima bunyi tepat. Opening dimulakan dengan band tempatan, aku tak ingat nama band dia. Mereka sangat funny dan nakal di atas pentas. Sangat minimal namun bunyi mereka harus juga diberi pujian serta panduan. Bunyi bass yang terlalu kuat menghalang hubungan dengan bunyi gitar lain.

Tidak silap aku mereka membawa sedikit radiohead, the beatles dan sigur ros dalam bunyi mereka. Tak silap telinga aku lah, kalau salah betulkan. Pemain drum dia memang aku tak boleh cakap apa. Dengan skil yang sangat teratur, bunyi bunyi yang berjaya dihasilkan mengetuk telinga hati. Tanpa baju, peluh peluh membasahi dada, membuatkan gadis yang bijak menilai lelaki kebasahan dari dalam.

Selesai mereka membawa beberapa lagu seperti Renyai Renyai yang agak santai dan mengharukan, selagi kaki menerima ujian kekebesan menanti dewa seni muzik ketepatan tiba.

Crowd yang sudah mula menjerit "Toe, Toe, Toe" berulang kali memaksa mereka cepat segera meniupkan bunyi bunyi menyembuhkan jiwa pada mereka. Kelihatan gadis gadis Indonesia yang agak ramai cuba mencari posisi paling boleh membawa mereka terbang. Gadis gadis lokal Toe jugak tidak kurangnya. Cuma semua datang dengan balak balak yang comel hensem sangat. Muka confirm darah lebih dari satu, sampai aku rasa hina jadi manusia sebab aku rasa aku dah hensem. Tapi bila nampak balak diorang ni, aku terus down rasa tak hensem gila nak mati aku ni.

Amp Marshall bewarna oren berkilat tekena silauan silaun lampu bergerak. Lampu putih berkelip kelip melanggar mata, membuatkan jiwa terus berahi menunggu. Lalu mereka masuk dengan tenang tanpa sebarang suara dan crowd terus dihadiahkan bunyi bunyian magis. Bunyi bunyi Path, A Long Tomorrow, serta lagu yang dinanti nanti crowd, Goodbye mengetuk jiwa seorang seorang pendegar.  Lagi sekali kejituan ketepatan dapat dilihat, susunan yang sempurna bermula perlahan, kemudian frekuensi ditinggikan sekejap merobek laju minda dan diakhiri dengan sentuhan lembut.

Alkohol biasa menjadi teman setia. Dadah aku tak pasti, tetapi kelihatan beberapa brader brader mata kuyu merah menggunakan catalyst untuk merangsang minda dengan lebih cepat. Orang seni ni tak boleh bekarya dalam dunia realiti. Mereka bekarya dalam dunia kedua, dunia penuh imaginasi yang dicipta dibantu oleh beberapa benda. Sebab itu pemikiran mereka layan, abstrak yang dibawa membentuk hasil hasil yang berkualiti.

Tiada apa yang dapat dikatakan lagi tentang bunyi mereka, sangat sempurna. Walaupun aku yakin tak ramai dengar Toe, aku tetap rasa orang yang layan Toe pemikiran mereka macam orang cina, tiga kali lebih jauh dari biasa. Orang orang korporat menghiasi auditorium, penuh kasut tanpa selipar. Beratur seorang seorang, tak berebut macam monyet melayu dapat pisang percuma. Mereka yang datang mempunyai paras pemikiran dalam menghargai seni bunyi yang tinggi.

Seronok berada dalam cerita mereka. Bagi aku satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku ada rekod video sikit, harap harap nanti cucu aku terjumpa. Bila diorang dengar dan nak terlibat dalam industri pembikinan musik, aku harap musik mereka penuh menjunjung budaya sendiri. Jadilah seperti Toe, biar jauh berada di negara orang, mereka tetap berbahasa ibunda mereka. Kuat ciri ciri budaya dalam diri mereka. Salah satu elemen yang aku rasa penting untuk ada dalam band band kita.

Bunohan


Suatu lukisan tidak akan bernilai jika tiada pembeli. Ini kerana ia terlalu subjektif dan bergantung pada penghargaan yang diberi oleh orang ramai ataupun seseorang individu. Contohnya, aku hasilkan satu lukisan potrait bogel diri sendiri. Aku boleh letakkan berapa harga pun yang aku suka sehingga berjuta ringgit. Tapi, selagi tiada pembeli maka lukisan aku itu tiada nilai sesen pun. Melainkan datang Akak Nora Danish datang dan mahu beli lukisan itu dengan harga 2 juta. Maka, jatuhlah nilai dua juta pada gambar bogel aku tersebut.

Lalu, Akak Neolofa serta Puan Lisa Surihani yang mahu juga memiliki lukisan tersebut akan meletakkan tawaran lebih tinggi dan nilai lukisan itu akan bergantung pada pembeli yang terakhir. Dan begitu juga nilai filem Bunohan. Bergantung pada penilaian yang dibuat pembeli.

Filem ini dijadikan pengarah sebagai tempat dia melukis. Dan harga lukisan itu akan dinilai oleh kau orang sendiri. Bagi aku pengarah dan kumpulan produksinya berhempas pulas untuk menghasilkan Bunohan supaya tidak dilabelkan sebagai filem 'biasa' Malaysia. Dan, mereka berjaya meletakkan satu tahap baru dalam industri perfileman negara.

Bagi aku sebuah filem itu dihasilkan tidak semestinya untuk difahami. Cukup dengan scene scene pendek yang memberi makna pada penonton. Isu yang dikupas, cerita yang mahu disampaikan, soalan yang ditinggalkan. Dan elemen elemen ini cukup penuh dan sempurna disusun dalam Bunohan. Memuji aspek teknikal dan penghasilan yang boleh dikatakan sempurna, usaha yang ditunjukkan kumpulan produksi ini membuka mata kita kenapa pengarah lain tidak boleh buat sedemikian rupa?

Hasil suntingan yang sangat menarik membawa kita ke dunia Bunohan. Rangka yang luas dan mengandungi subjek utama seperti scene tangga rumah di pantai. Bot berlatar belakang hutan. Paya bakau penuh akar. Subjek subjek utama ini memberi nyawa kepada filem ini ditambah lagi dengan tone warna menarik. Pujian juga harus diberi kepada pelakon kerana membawa watak dengan hampir sempurna. Ternyata mereka bersungguh dalam melakonkan watak yang diberikan sehingga kita lupa pada jiwa asal pelakon kerana terlalu asyik mengenali mereka sebagai Ilham, Bunga Lalang, Pok Weh, Mek Ani.

Bosan dengan filem cinta dan seram Ahmad Idham, Pierre Andre, Prof Razak Bunohan membuka pintu baru untuk kita berhibur sambil belajar daripada menonton filem. Isu yang dikupaskan tidak lah terlalu berat, tetapi dengan penghayatan individu, masing masing boleh menerima output yang berbeza. Sedar atau tidak filem sebegini akan meninggalkan kita dengan soalan. Kenapa macam tu? Kenapa macam ni? Kenapa begitu? Filem yang buat kita untuk terus berfikir. 

Bagi aku antara isu yang menarik untuk dikupas ialah, bagaimana kuatnya budaya komuniti pantai timur ini dan 'padang golf' mampu menghilangkanya sekelip mata. Kehidupan disana, mak cik mak cik dapat menyara hidup dengan menjual keropok lekor di tepi rumah. Anak anak kecil dapat berlari main bola berkaki ayam beralaskan pasir pantai. Dan kehidupan sebegini akan hilang, bila projek projek Barisan Nasional akan masuk.

Isu isu budaya seperti susuk, alam ghaib, juga dapat membuka mata kita kelak ia semua akan berakhir dengan kebinasaan. Tidak memerlukan adegan menjerit memekakkan telinga seperti filem seram lain, Bunohan menggunakan mata, mimik muka pelakon mereka sebaiknya dan berjaya memberi impak yang besar untuk menonton berada dalam suasana Bunohan. Skrip yang baik penuh dengan sarkastik dan pucuk pucuk budaya Melayu, membuat kita terus berbahasa seperti mereka selepas keluar panggung.

Tanpa mencari kelemahan filem Bunohan ini, aku rasa filem ini sudah cukup berjaya. Dan ini akan menjadai platform untuk anak anak muda menjadi pengarah filem yang bagus lantas menolak format format basi filem mahupun drama seram dan cinta yang hanya dihasilkan untuk mengaut keuntungan semata mata tanpa membawa sebarang isi bermakna untuk kita kupaskan.

Bagi yang belum menonton aku tidak mahu kata apa apa, cuma untuk mereka yang gemar menggunakan akal untuk hidup aku sarankan filem ini untuk kau orang.

Antara Gadis dan Beg Duit Lelaki.

"Perempuan zaman ini nilai lelaki pada material"

Begitulah sebahagian ayat dikeluarkan dari mulut Aiman. Buat i terdiam dan terus teringat pada beberapa kenalan gadis i. Tanpa ada rasa cuba untuk menafikan i terus cerita kisah kisah i pada Aiman. Dulu masa i kecik kecik i pernah tanya skandal i Layana. I tanya dia, nanti kalau i ada motor dia nak bonceng dekat belakang tak. Dia cakap dia tak nak. Kemudian i tanya kalau superbike pun tak nak? Masih dengan pendirian dia, tak nak.

I tak pasti Layana tolak jadi pembonceng i sebab dia takut naik motor, atau dia malu naik dengan i ataupun dia memang tidak menerima sebarang kenderaan tidak berbumbung. Layana mungkin bukan seorang gadis materialistik oleh kerana dia menolak superbike i jauh sebab i sendiri tak pasti pula Layana jenis gadis yang tahu harga superbike atau tidak.

Cerita yang berbeza pula kenalan i ditolak cintanya kerana hanya mempunyai Honda Ex5 setelah menjalin hubungan hampir setahun. Katanya, dia rasa tidak selamat naik motor. Pada masa yang sama dia terjumpa jejaka lain yang ada Kelisa. Jadi, adakah gadis ini boleh dikelaskan dalam kumpulan materialistik?

Teruja kan.

Kemudian i pernah tanya kawan i lagi, "Kalau husband you nanti nak kahwin dua you bagi tak?". Tanpa perlu ambil masa lama, sepantas Feraro merah Ana menjerit "Tak boleh !". Jawapan itu kemudian mengusung i pada soalan baru. "Di atas sebab tertentu, husband you kahwin dua dan you perlu terima kenyataan itu, apa you nak buat?". Kali ini Ana seperti beca, agak perlahan tapi masih selesa dibelai angin. Jawapan Ana begini, "Boleh, tapi dia kena belikan rumah besar untuk i lepas tu tinggal duit banyak i nak shopping".

I tak terkejut dengan jawapan Ana, cuma i ada rasa sikit terkilan sebab Ana tidak kekal dengan jawapan senang pertama pendek Ana yang dia jerit iaitu "Tak boleh !". Apa salahnya kekalkan rasa sayang yang sama walaupun dalam situasi yang berbeza. Lalu, persoalan yang ditinggalkan. Ana mempunyai perasaan membiarkan kebahagian dia dirampas asalkan dibalas dengan balasan yang Ana rasa setimpal. Mungkin sebuah rumah banglo, kereta mewah dan kredit kad.

Buat pengetahuan semua, lagi sekali i nyatakan i tak cakap jawapan Ana salah. Kerana untuk i sendiri itulah cara dunia bekerja. Perempuan mencari stabiliti dalam hidupnya. Pasangan yang dia ingan rasa selamat dan dapat melindungi dia. Pelukan yang kemas, beg duit yang tebal, rumah tiada bumbung bocor. Memang itu yang mereka mahu. Masa depan yang konon lebih terjamin.

Berbeza dengan lelaki, mereka lebih terdorong memandang ke arah fizikal. Dalam senarai biasanya bentuk badan selalu berada di tangga teratas diikuti dengan rupa paras kemudian perangai. Bentuk badan merangkumi tinggi, payudara ranum, punggung kental dan sebagainya. Rupa paras yang sedap mata memandang juga menjadi pilihan. Kemudian baru perangai kerana bagi lelaki, perangai itu boleh dibentuk diubah berbeza dengan payudara yang montok.

Kan berdosa ubah ciptaan tuhan.

Berbalik pada isu perempuan nilai lelaki dengan material, bagi i ianya sangat penting kerana ia dapat mengajar lelaki untuk kekal berada dalam landasan yang betul demi mendapatkan hidup yang selesa kelak. Perempuan secara tidak langsung menjadi perangsang untuk lelaki mengejar keselesaan dan kemewahan hidup demi ingin mahu merealisasikan impian gadis pilihannya.

Cuma, i tertanya tanya lagi. Dengan keadaan lelaki semakin pupus, dan perempuan tidak dapat membuat pilihan yang lebih banyak adakah masih ada peluang untuk mereka semua dapat lelaki yang stabil. Ataupun pada akhirnya, mereka perlu habiskan sisa riwayat mereka dengan lelaki yang tidak kaya.

Kalaulah i ada magis, i akan cuba buat dunia ini tiada lelaki yang kaya. Kemudian i nak tahu dari sudut perspektif mana pula gadis akan menilai lelaki.

Dan i dapat rasa mesti ada perempuan yang akan datang dekat i bela diri, "Hello, i bukan jenis perempuan macam tu ok. Asalkan dia baik, setia cukuplah". Percaya atau tidak hantukkan kepala anda ke dinding, hulurkan muka ke cermin kerana i tidak akan cakap apa apa tentang itu.

Kita boleh tipu orang lain, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri.

Lelaki pun sama, tak payah tipu. Tak pernah lagi i jumpa lelaku tak sembang pasal payudara dengan punggung perempuan. Paling sopan pun puji mata dia. Ketayap tak ketayap. Sama je.

Teringat pulak masa i ajak Layana makan malam dulu, soalan pertama yang dia tanya bukannya "Kita nak makan apa malam ni? I nak suap u lah". Soalan pertama yang dia usulkan "You ada kereta?" membuatkan i terbuat dosa menipu gadis dan i jawab tak ada.

Malam tu i pergi makan dengan kawan kawan jantan i. Puas hati. 

Hai, Testis testis 1,2,3. Saya Hilman Fikry.

Ahh, dah lama sangat aku tinggal tempat ni. Rasa pelik pula duduk disini menaip. Bukan apa, cuma tertanya masih diterima aku ini. Kali ni aku sendiri tak tahu apa yang membawa aku ke mari. Tak ada niat pun nak hidupkan balik tempat ini, apatah lagi nak kuburkan terus.

Mungkin diatas permintaan beberapa pihak minta mahu baca tulisan aku lagi kot yang mendorong. Tak pasti dekat mana aku tabur gula untuk tulisan aku, tapi itulah comel je ada dua tiga ekor semut nak datang singgah. Aku tak ingat kali terakhir aku aktif berkomunikasi dengan blog.

Mungkin perubahan hidup yang terlalu banyak membuatkan aku jauh dari menulis. Ingat lagi Harith pernah cakap dekat aku "blogger best ni selalu tak tulis lama lama". Persoalannya aku best dekat mana Harith ada memberi alasan dia sendiri. Aku terima dengan ucapan terima kasih.

Aku masih belum pasti nak kongsi isu apa. Buat masa sekarang aku menanti jugak cadangan dari sesiapa. Bagi aku tajuk pun tak apa. Bukan apa, aku serius lupa cara aku menggedik tulis blog dulu macam mana. Sebab sekarang aku tak dapat rasa perasaan yang sama masa aku menulis dulu.

Secara tak langsung aku rasa tulisan lepas ni pun sedikit banyak akan berbeza dari dulu. Aku rasa je lah. Kalau tak, tak mengapalah. Mungkin dengan perubahan ini juga membawa aku pada satu komuniti baru dengan pemikiran yang berbeza. Bagi aku situasi ini sama dengan kita baca bible bermula pada 7 tahun, kemudia 15, 20, 30 dan seterusnya. Setiap kali baca membawa pada pemahaman serta pengeluaran idea yang berbeza.

Jadi, memandangkan usia aku yang baru masuk 20 an ini akan menghasilkan produk yang berbeza berbanding dengan tulisan aku masa belasan tahun dulu. Dan aku sangat yakin penukaran pembaca juga akan berlaku.

Tak ada apa yang aku masih boleh janji selepas ini, tapi aku sangat berharap cara pembawakan aku menulis selepas ini akan diterima. Semua sokongan akan dibalas dengan ciuman di dahi sebelum tidur. Mungkin ciuman itu tidak indah seperti pujangga lain, tapi aku janji ia akan penuh dengan air liur. Sehingga bertemu lagi kita, jaga diri cayunk.