pendidikan sivik-idolism


idolism or "idolalism".saya tdk tahu sama ada istilah ini digunapakai mahupun tidak tetapi bagi saya ia pasti pernah singgah di mana-mana hari hidup manusia.seperti abau yang kini sedang menuntut pendidikan pernah bercerita kepada saya. "dulu masa aku kecik2 aku tgk abg aku pakai baju nirvana jeh memanjang.pastu,aku terbayang2 lah,temimpi2 aku pegang gitar fender perform depan ribu2 org.mengelamun! ke laut!"sambil ketawa berdekah.lalu beliau menyambung"dah tu.masuk sekolah asrama lepak lah ngn budak2 seluruh semenanjung.berbagai2 otak aku terima.grunge lah,undegroundlah,era.fm lah,ska lah,dikir barat pun dpt weyh! ke laut lagi sekali!.melekat aku kat butterfingers tuh.idola beb.org tanye besar nk jd ape.aku ckp nk jd mcm emmet jeh.camtuhlah aku dulu.last2 gua lepak dlm bilik sorg2 wat lagu chenta tuk awek.ke laut lagi sekali."kata abu mengakhiri cerita nya.

2009.
bermula di 2008 juga.dan 2009 menyambung nya.apabila semua jejaka melaya mula untuk sikat rambut kehadapan menutup jerawat di dahi.apabila mereka mengenakan baju lengan pendek ketat[yang di beli di starhill]menampakkan puting masing2 yg timbul di kala kegersangan moshing2 di gig.selepas itu,mereka memerlukan cetakan2 huruf besar di baju masing2 membuatkan mereka perasan mereka camtaik.dilengkapi dengan fedora berkotak catur.dan yang tidak mampu ditinggalkan sepek hitam yg dirembat dari tokwan mereka;mungkin.bukan mahu membenci tetapi,kenapa perlu dicop mereka begitu? mengape yang berbaju camel active bersandal asadi lepak di barisan belakang konsert KAMI perlu dingumpat,sedgkan mungkin beliau sendiri mampu memainkan semua lagu butter.

2009.
kanak2 di sekolah itu juga.seluar hijau.umpama mereka pengetua di mane2.tiada sesiape menghalang dikau berseronok.tetapi engkau tuh kena igt.baru sehari dua berlompat2 sebagai Komplotan seperti dikau sudah seratus tahun menapak ke MCPA.menyampah nya dipendam.
disini diulangi tiade perkataan benci.cuma teguran bersifat manja.untuk adek2 juga.kerana kami juga pernah melalui detik ituh.

20**
in a nutshell,masing punya identiti.bagi saya identiti sendiri.tiada perlu menjadi seorang hamba pada si hamba.bukan menyombong.tapi suatu yg Dia berikan pada kita ialah diri kita sendiri. oleh ituh,bernafas sendiri lah kawan! peduli apa org kata.buat apa kita suka.idola bukan segalanya.

2 comments:

fina. said...

mocha camane?
haha.

Anonymous said...

man.itu cm knal abg kt skali tuh.

weyh.ak bace sbb sumbat cm babi neh.