emak,pulanglah.

sedang enak tidur saya terbangun.terasa kepanasan.emak tertutup kipas.kelihatan dia dihadapan komputer riba aku.menjadi kebiasaan emak menggunakan lappy aku untuk online serta memanfaatkan kemudahan internet.

entah apa angin aku hari ini.bukan seperti biasa.perasaan hitam di sekeliling aku.aku buka mata.

"apa ni mak,asyik pakai laptop orang je.pastu jap lagi tak tutup elok2."marah aku.

"semalam tengoklah.adik2 main laptop abg macam tu je.ingat barang 20sen ke?"sambung aku lagi.

"ko ni mat.ngan mak pun nak berkira.mana ada adik2 main dengan laptop ko ni."balas ibu aku tersayang.

"bukan apa mak.semalam mak bagi uncle noor pakai macam tu je.tak tanya abg pape pun. bukan kedekut.tapi dalam tu ada macam2.kang keluar benda yang tak sepatutnya,tak elok kan?"jelas aku.

kemudian.rakan2,aku terkeluar perkataan ini.

"mak,mak beli la laptop sendiri.gaji ada.belilah.nak pakai pun senang"kata aku sambil mata masih tertutup di atas katil kerana penat masih menguasai aku.

***

kedengaran emak bangun meninggalkan bilik.putus asa mungkin.sedang aku tidur2 ayam. kedengaran emak memanggil ayahku di bawah dengan suara yang sayu2.seakan2 sedang menangis.

"abah,mari kejap.jom pergi low yatt."aku dengar.

jatuh.hati aku jatuh.ya allah.lemahnya aku ketika ini.

"nak buat apa?"tanya balik ayahku.

"mak nak beli laptop baru.anak awak tu marah mak pakai laptop dia.berkira sangat.dia lupa kot siapa bagi dia makan minum dari kecik sampai sekarang"mak saya berkata sambil menangis.

hilang kawalan.aku peluk bantal kuat2.ya allah.mak aku tersinggung dengan aku.mati.ini mati.

tiba2.ayahku memanggil ke bilik.al-fatihah.aku baca dalam hati.supaya dijauhkan lagi dari hasutan gemuk2 bertanduk dan berekor itu.cilaka penghasut anak2 adam.

masuk ke bilik.aku cuba mengawal suasana.

aku cuba menenangkan emak aku yang separuh tewas.

banyak yang kami perdebatkan.tapi aku bercakap dengan antonasi mengalah serta memujuk.

tapi itu tak mampu mencairkan hati dia yang melahirkan aku suatu ketika dulu. suatu ketika dia sedang memerah keringat menahan kesakitan.

tadi? aku baru sakitkan hati dia lagi.

rakan2! terhiris hati aku.dalam.sangatlah dalam.

"kau nak berkira ngan mak kan.lepas ni sesen pun mak tak nak bagi kat kau.tengok ko boleh hidup ke tak!"emak menjerit pada aku ditemani air mata suci nya.

kawan.aku rebah kawan.aku dimalukan.berjalan aku perlahan ke bilik.terus ke katil.meniarap ke bantal busuk aku.kawan.dunia bukan aku yang punya lagi.emak sendiri membenci.macam mana.

kawan.bagi saya 30 saat.saya pukul itu budak.jatuh.tak pun telinga capang terus.

tuhan.tak sampai 30 saat.air mata aku macam air terjun.peta afrika cadar aku.serius.

besarnya kuasa tuhan.segagah2 aku di muka bumi ini.sekian lama aku tak pernah berperasaan sebegini.menangis teresak2 seorang diri.tak pernah.tapi hari ini,ia berlaku kawan.kerdilnya aku.

hampir sejam aku di bilik keseorangngan.tiba2 ayah aku masuk bilik.

"man,lain kali cakap dengan mak elok2 sikit.kau jangan buat dia macam orang lain"katanya.

"bah,SUMPAH abg tak ada niat pun bah.bah,anak mana tak sayang mak!"jerit aku terus.

lalu,ditinggalakan aku seorang2 lagi.

pusing kepala pusing.runsing.seperti anjing2 sedang merabak jantung aku.terasa seperti aku berjalan di atas ribuan lipan2 berbisa.seperti dicakar manis harimau2 perkasa.

duduk di atas katil.aku dengar emak aku seperti sedang kemas2.aku meneka dia mahu ke tempat lain.aku sendiri tidak pasti.mungkin ke perlis,ke pangkuan ibunya juga.

entah kenapa.aku tidak langsung pergi memujuknya.mungkin aku ingin dia tenang dulu.biarkan semua.bersalahnya aku hari ini.aku peduli apa dia tak nak bagi aku sesen pun.mungkin masih boleh hidup tanpa wang,biarpun tidak selesa.tapi kawan.aku terseksa.syurga aku kawan! syurga aku bawah kaki dia.hilang.hilang la wei! kena tarik.macam sial.nak pulak aku duduk neraka wei.

punya kawan yang ramai.aku tak tahu nak nak lepaskan pada sesiapa.yang pasti mereka2 masih sibuk mencipta mimpi.aku tak mahu kacau.punya awek juga macam tak ada.entahlah.kelam kabut aku dibuatnya.jadi aku terus mencapai lappy aku ini dan memutuskan untuk diluahkan pada pembaca tulisan putih walaupun berat untuk menggunakan dia lagi.

sebentar tadi aku ke tandas.kelihatan sekeping iklan komputer riba DELL.laptonya kemas,berwarna hitam.mungkin dari suratkhabar.aku angkat.aku renung.basah kertas itu.terasa aku! emak aku menangis dalam tandas tadi melihat iklan itu.pukimak betul.derhaka sial aku ni.aku sujud bumi.rebah!

emak,balik la.andai masih anggap saya babi.tak apa.saya terima.tapi kesian adik2.mereka masih menghargai emak.biarlah saya.dengan hukuman sebegini.menggelupur.hancur lebur.takbur sgt.10 tahun mak tak nak bagi saya makan tak apa.saya dah jadi arkitek nanti.saya buat rumah untuk mak.saya jaga mak.bagi mak makan.tahun ni jugak abang nak beli laptop untuk mak.

forgive me my angel.

11 comments:

azierah said...

sedeyh nye aku bace nie hilman...
huhuuhuhu...
aku harap everything will b juz fyne kayh...

abdullah said...

then let she knoe her baby grownup perfectly. be the best~

u was a bestfrend n u can be the best child.
believe me,mak mana yang x sayang anak kn~

Neyra Shazeyra said...

omaigod. dik. what's wrong? huh ur story makes me cried. :'((

Anonymous said...

I love your story, ur blog :)

Asmidar Azizan said...

hm , sedih sgt , u len kali sedih2 , tak yah agak2 dah , trus msg i , i ade je nk dga u k ..

adibahrisha said...

wow. hmmm nasib bende ni berlaku kat u skrg. baru u tahu n sedar mak u penting utk u. klo kejadian ni tak berlaku. mesti u akan terhasut dgn setan bertelinga alien dan terusan menyakitkan hati ibu tnpe sedar.

at least u sudah sedar. so, pujuk la mak u baik2. mereka marah kejap je. ape yg dorang ckp kadang2 diorang tak mksud kan pun. ahhhh i pun baru lepas kne marah.

hahaha..tp i syg mak i. dia marah i, i jelir lidah pd cermin. ketuk2 bantal. lepastu da ok la. tension ibu dan anak pun berakhir. lepas tu kejap lg da ok la. da leh gurau2 manja da.. hehehe

shned shahabuddin said...

i teringat kat cerita tv3 smlm. sama la cter tu mcm u. huhu. u pergi la mintak maaf. jgn ego sgt. x berkat kalau x pdt keredhaan ibu.

Doriyuckey said...

uhuhu. sedih gilaaa. slagi ur mum hidup mintak ampun sempat:)

jgn tunggu dia sakit. huhuhu.

Anonymous said...

jgn lakukan itu lg yea.. :)

fina. said...

lame xonline.
em, angel awk dah okay ke?

cik beLLanan said...

sOo tOuching..
u dah mnx maaaf LOm??