Hujung Minggu yang Penuh Drama

sabtu yang lalu.

eddie call gua ajak tengok wayang.gua tanya cerita apa.dia bilang teranfromers.gua terus cakap ok! bagi gua cerita yang wajib gua tengok.gua pun agak tak sabar.nanti lepas tengok boleh gua buat sedikit ulasan cerita ini kat kau orang semua.ya lah.gua mandi.siap2 terus gerak.

kami semua agak lupa bahawa hari itu malam minggu.berduyun2 perodua kelisa,proton waja mahupun skyline di kawasan damansara.di sekitar cineleisure kami mencari parkir.bukan main jauh kami parking.ada jugak 2 marhalah.selesai parkir kami berjalan terus ke dalam.kami beratur ramai2 nak beli tiket.

"bang,tiket cerita robot2 besar tu 6 keping.untuk awek sorang.pukul 11.15 punya."kata kawanku.

"alamak dik.dah habis la dik.pukul 1.30 jap lagi adalah"kata jurujual itu.

masing2 dengan muka tahi.blah terus.stres berenang2 dalam kotak fikiran masing2.buntu dengan keadaan yang semakin runcing.kami open table dan mulakan mesyuarat tergempar untuk agenda seterusnya.

lalu pengerusi program bersuara dengan tenang."kite gerak ou terus jom.mesti ada tiket punya".

serentak kami mengangguk dan berkata OK!

One Utama.

selesai cari parkir, kami bergegas terus ke golden screen.dari jauh kami sudah seronok kerana langsung tiada orang yang beratur untuk membeli tiket.nampak sedikit harapan untuk aku bertemu dengan megan fox sebentar lagi.

"bang,macam biasa transformer untuk 6 orang.pop corn lebih k."kata amin.

"sori la dik, tiket ada 5 je.itu pun kene duduk asing2.kalau nak tengok esoklah"kata beliau yang mahu dikenali sebagai abu sahaja.

perrrgghhhh.perasaan macam kene pijak dinasour je.panas2.membara perasaan2 dalam hati kami semua.hancur segala rancangan yang dirancang.

sekali lagi mesyuarat dijalankan.kami memutuskan untuk tengok cerita lain.

"bang cerita drag me to hell tu best tak?"tanye gua.

"ok lah.tapi yang ni pun dah habis dah dik tiketnya.adik tengok esok lah.ok?"balasnya.

jubur kau.esok kami semua mahu pulang ke tempat belajar masing2.macam mana mahu tengok.

"dah la wei.aku dah menyirap ni.kita balik je lah"pengerusi majlis bersuara.

***

kerana ingin menjaga perasaan dan suasana malam kami, kami memilih untuk bershisha bersama2 di al-saffa sri damansara.ditemani sup kambing dan beberapa keping roti canai kami berborak tentang pelbagai isu.masing2 menunjukkan rentak gila serta masuk air masing2.
perasaan kecewa tidak dapat menonton megan fox sudah dibuang jauh.

selesai lepak kami balik rumah.eddie ajak gua tidur rumah dia.gua dengan ringan hati menerima undangan beliau.lagipun malam terakhir kami bersama.beliau akan pulang ke perak esok ke matrik gopeng.kami lepak di ruang tamu.eddie buka telivesyen.kami layan astro bersama.

eddie tekan butang info.tertulis di situ pukul 6pagi sebentar lagi akan ditayangkan cerita bertajuk 'ombak laut cina selatan'.eddie pesan kat aku nanti pukul 6 kejut dia.dia nak tidur kejap.katanya dia pernah tengok cerita tu.dia nak tengok lagi.mungkin cerita itu best untuk beliau kot.

tepat kul 6 gua kejut eddie.cerita bermula.mula2 gua tak ambik port sangat.gua pun tengah sedap online masa tu.tetapi makin lama, cerita itu seakan memanggil gua.cerita yang menarik serta lakonan yang mantap membuatkan gua terus shut down lap top depan mata gua.

gua malas nak bagi tahu jalan cerita ini.mungkin ada yang dah tengok.mungkin ada yang belum.cuma gua nak pesan pada siapa yang belum tengok anda perlu tengok cerita ini.apa yang gua boleh bagitahu.selama 2 jam cerita ini ditayangkan, 4 kali air mata jantan gua mengalir.babi punya cerita.ego gua terbang bebas tinggalkan gua.memang terbaik jalan cerita serta moral yang ingin disampaikan cerita ini.lakonan terbaik juga diberikan fauziah nawi,eman manan, zulhuzaimi dan ramai lagi.

selesai tengok.sebelum tidur.eddie berkata.

"woi! muka je gangster.hati pink".

"jangan cari pasal wei.pukul kang tahu la"balas ku teresak2. =D

3 comments:

doriyuckey said...

pegilah TS. situ je yang senang nak dapat walk in ticket transformers.

beLLa said...

gLe besh transfOrmers!!
btw.cte 2 mmg cdeypn.
mmg bgz tgk.
;p

hilman.teddy said...

haha.tulah pasal.
org tgk transformer versi external je.
=p