Mak Cik Jepun

hari ini gua kene ke kuala lumpur. gua kene singgah di rumah kedutaan jepun. gua kene apply visa. bulan ogos ni gua nak berangkat ke jepun. gua dah plan lama dah nak pergi jepun sebab gua nak minum teh kundur dia. gua tengok iklan kat youtube macam sedap je teh diorang tu.

GPS gua dah setting.

Jalan Tun Abdul Razak.

Dengan minyak penuh di tangki serta ditemani lagu agnes monica gua meneruskan perjalanan ke kuala lumpur.hujan bunga mula menari.menutupi keagungan bandaraya indah ini.kelihatan anak ikan laga bermain2 di tengah jalan.

Gua ingat pesan ayah gua. rumah duta jepun tu depan rumah duta us je. berbekalkan pengalaman gua masa tingkatan 2 dulu.gua pernah singgah jugak di rumah duta us ni. oleh itu, dengan senang gua sampai di rumah duta jepun.

Gua isi borang.gua serahkan diri.maksud gua kad pengenalan diri. handphone gua pun diorang rampas. macam gua kat sekolah je lagi.bukan apa, gua takut jap lagi najib telefon gua. tender gua banyak dia nak ambik ni. gua buat part-time jual senapang second hand.tu najib sayang gua.

Berjalan ke dalam bangunan kedutaan ini dengan sedikit perasaan nervous, gua hampir tergelincir di depan tangga kerana air hujan yang ganas. tapi tak apa. gua kan anak sulung, jadi gua mesti kene cover kemachoan serta kemaskulinan gua.

Melepasi pintu automatik gua terus ambik nombor giliran dan duduk menunggu saat gua dipanggil nanti.kelihatan seorang awek manis duduk berdekatan ngan gua. tapi tak pe. gua tak jadi ngorat sebab gua nampak dia ada tatoo kat tangan kanan.itu bukan gadis pilihan gua.

Tiba masanya.nombor gua dipanggil.wakil duta tersebut seorang mak cik tua.berusia dalam lingkunagn 50an mungkin.gua memulakan bicara dengan manisnya dan penuh bodek.

"good morning, i want to apply visa for your country."kataku.

dia senyap seketika.

"where is your picture?"tanya mak cik yuma hasami itu.

"ouh! a second.here is my picture"balasku sambil memberi gambarku.

"so..which part of japan u r goin? and for what?"tanya beliau.

"aichi.hurmm.im representing malaysia for a conference on biodiversity organized by your ministry in japan"terkincit2 aku membalas kerana kurang fasih berbahasa inggeris.

"okeyh.but i need a letter from your side? i mean from yawa.your own organization."marah beliau.

"im so sory.i dont have that kind of letter now."kataku dengan gabra.

"we cant help you by then.because i need the letter that show u are representing malaysia."katanya lagi.

"im so sorry.i dont have it"balasku lemah dan mengaku kalah.

"but can i just give it to you the letter when my visa is ready?"aku bertanya dengan harapan ada sedikit cahaya.

"okeh.baiklah.nanti visa tu dah siap.i nak u bawak surat from yawa tu okei?''balasnya.

cilaka! boleh pulak kau berbahasa melayu! terbelit2 lidah aku berkomunikasi dengan kau tadi.rupe2nya boleh cakap melayu.bikin panas betul lah mak cik jepun sorang ni.
aduhai.
nasib baiklah semua dah selesai.ada jugak gua pergi bom kedutaan lu kang.


nyesal gua tak kapel dengan jojo masa gua sama tadika dulu ngan dia.kalau tau mesti gua dah lancar berperibahsa inggeris hari ini.

No comments: