kisah durjana darjah 3

gua ingat lagi kisah durjana masa gua darjah 3 dulu.sebagai pelajar normal yang sering mendapat kedudukan berbelas2 dalam kelas memang gua tidak membawa sebarang sinaran untuk skor 5A di peperiksaan UPSR nanti.

namun,dalam kebodoan sederhana gua, suatu hari guru kelas gua beritahu gua layak menduduki peperiksaan untuk mengambil soalan PTS. peperiksaan yang diberikan pada pelajar2 supaya mereka dapat memendekkan masa belajar selama setahun tanpa belajar di darjah 4.

balik rumah gua terus bagitahu mak gua.dengan muka terung, mak gua cakap.

"ok lah tu.nanti buat lah elok2."katanya sempoi.

gua dah agak memang itu jawapan yang dikeluarkan.pandangan terlalu rendah sering diberikan pada gua oleh orang sekeliling gua dulu sering membunuh hari2 bahagia gua.sebagai seorang yang tidak seberapa hero pada zaman sekolah gua pun tak ambil heran peperiksaan ini.bagi gua, gua akan masuk dewan dan jawab apa yang gua mampu.

sampai harinya.gua jawab seperti biasa.dan keputusannya gua layak untuk menjawab soalan PTS itu.

gua beritahu mak gua.dia kurang percaya pada mulanya.gua terpaksa yakinkan dia banyak kali sehingga dia berkata.

"ok.abang jawab elok2.kalau abang dapat lompat kelas, mak bagi hadiah apa2 je abang nak"katanya.

"baik ibu!"balasku semangat.

sehingga hari peperiksaan sebenar, ibu menghantar aku sehingga ke pintu dewan dan sempat memberi kucupan di pipi gua.memang gua rindu saat itu.

gua duduk.gua bawak keluar pensil noris 2b gua.gua terus bukak kertas soalan.gua cuba baca2 sikit.lalu gua tepuk dahi sebab gua teringat pesan mak gua suruh baca doa dulu.gua tutup balik kertas soalan dan baca doa.

mak ai.apsal senang sangat soalan.gua bukan nak angkuh.tapi gua rasa macam senang gila soalan.soalan bodoh2 je tanya.ingat gua lemah IQ sangat ke.terus gua menjawab semua soalan.

selesai.

***

keputusan keluar.dan gua lulus.gua layak terus ke darjah 5 tanpa merasai alam pembelajaran darjah 4.balik rumah gua bagi tau mak gua.lagi sekali dia buat perangai tak nak percaya.gua tahu dia tengah takut sebab gua nak pau hadiah kat dia kerana time tu gaji dia tak masyuk lagi.

esok,nak gua datang sekolah nak jumpa cikgu gua berikutan keputusan gua itu.dan akhirnya dia terpaksa terima kenyataan bahawa anak darjah 3nya ini sudah pandai dan hebat.mak gua peluk gua kuat gila sambil cium pipi gua berulang2 kali.perasaan yang gua tak mampu dapat hari ini.

"jom pergi one utama.kita cari hadiah abang"kata ibuku.

gua yang agak gersang ketika itu terus merentap tangan ibuku dan berlalu ke kereta.

sampai di one utama.gua dah tahu apa gua nak.gua nak gameboy.bagi gua,sapa ada gameboy adalah golongan2 kacak dan berperibadi mulia semasa itu.

mak gua tersentak tengok harga gameboy time tu.gua kenal riak wajah mak gua.

"abang ambik la hadiah lain.gameboy ni tak best pun"mak aku cuba berkias.

"alah,..kawan abang semua ada gameboy.abang nak jugakk"kataku mendesak.

"abangkan suka kereta.mak belikan yang ni lah ok?"mak aku memujuk berikutan harga kereta itu cuma rm39.90.

gua cuba merajuk.

tapi gua tahu.gaji mak gua tak banyak.

"takpe lah mak.abang ambik bola ni dah lah.rm2 je"kataku ikhlas kerana sayangkan ibuku.

ibu gua agak terharu dengan pengorbanan gua.lalu disentapnya deck kad pokemon berharga rm60 dan terus ke kaunter untuk bayar lalu berikan pada gua.

gua keluar kedai dengan muka paling hensem gua boleh buat.terima kasih mak.

13 comments:

azie said...

awwwwww....
sweet giler ouh ko nie...
kalo aku jadi mak ko pun mang aku teharu giler!!!
bagus2!!
aku bangge ade kawan cam ko...
hehehehe... =]

damme damiah said...

wah.
aku first batch PTS
and xpass
terer2

romeoromeojulietjuliet said...

fuhhhhlamak so shweettt!! =) i yang ajar u!! =)
man gambar jepang ? nak tengok!!

miephobia said...

"my bear" memg bijak serta kacak!

LIZ; said...

awwwww :')

hilman.teddy said...

dd-haha.ilast batch! dan lepas.

rome0-haha.later i upload.internet slow. =p

mie-thnk u bear.haha

liz- =D

Liyana Adib said...

Sweeett.. :)

hilman.teddy said...

thnx lin.

mya said...

suka sgt ctew nie :)
and wow u skip eh darjah 4 .? huh!!

mya said...

oh btw ! kanda!!dinda rindu kanda :(

hilman.teddy said...

yeke.haha.mane2 cite i pun u suke jugak.

tu lah.miss u too..jom la lepak nanti.u tk text i pun..

mya said...

mesti lahh , takde lagi cerita you i tak suka :)
kanda ! telefon bimbit dinda hilang lahhh .
ni email i , myaazizan@myspace.com
email i k ! i send you num i !!

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.