Titah Baginda.

Maka keluar lah seorang orang suruhan raja putih.
Berjalan megah ke anjung Istana Kura2 Terbalik.

Maka terus dibunyikan loceng emas istana.
Bergema bergegar sekian negeri dibawah junjungan baginda itu.

Terus orang suruhan itu berkata.

"Seraya dengan ini, di pagi senin yang mulia ini. Raja dengan berbesar hatinya mengutus kite untuk membuat pengunguman kepada rakyat jelata sekiannya"kata Sood si penyuruh Raja.

Jadi, rakyat negeri terus berkejaran menghadap anjung istana untuk mendengar khabaran dari Raja mereka.

Dengan kelantangan kelapa muda serta sedikit angin laut cina selatan bertiup berahi2 manja. Sood membaca utusan Raja dengan kuat.

"Maka dengan ini, gua nak cakap terima kasih
kepada followers2 baru yang baru follow blog gua.
gua rasa sungguh terharu dan gembira kerana bersedia
untuk berkongsi sesuatu dengan gua.
Dengan ini, gua juga mahu ambik kesempatan untuk
memberi kucupan2 manja kepada
pembaca2 setia tulisan gua. tanpa lu orang sapa gua.
oleh itu, dengan kesempatan ini sedikit
penghargaan untuk semua pembaca.
lu orang boleh datang rumah gua nak raya. tak da hal. setel."


baca si Sood.

Oleh itu, bersorak lah rakyat sekian hingga ke subuh kerana tidak tahu apa sebabnya.

4 comments:

AISA. said...

HAHA!
lawak je teddy ni.
rumah mana?
ni yg semangat nak mintak biskut raya ni.
:p

Asmidar Azizan said...

yay !!!!
tapi i permaisuri kan !
oh bak sini alamat ...

faris said...

aha.
biskut raya.
desa riang mari.

teruskan bermain dengan imigansi.
tulisan putih tkkn mati. :)

intan.maisarah said...

yg penting beskot raye kene ade