mintak mak kuih sepotong.

bukan semua orang suka raya. kawan gua benci raya sebab dia kehilangan ibu dan bapanya. raya itu bukan bermakna untuk dia. kawan gua benci raya sebab kene balik kampung. katanya membosankan. kawan gua benci raya sebab pagi raya rumah dia makan biskut mayat cicah milo panas je. kawan gua benci raya sebab tangan dia putus.debgar cerita kene penangan meriam buloh. kawan gua benci raya sebab kene pergi jumpa mak mertua. bersedia je lah telingan dibaham-baham. kawan gua benci raya sebab duit nak buat downpayment viva se baru terpaksa ditangguhkan kerana perlu dijadikan duit raya untuk anak-beranak dan sanak-saudara. kawan gua benci raya sebab baju raya dia dah 4 tahun tak tukar. kawan gua benci raya sebab raya kedua dia dah kene masuk kerja. kawan gua benci raya sebab abang dia kehilangan nyawa di jalan raya. kawan gua benci raya sebab dia dah tak boleh jadi hantu raya. kawan gua benci raya sebab badan dia naik 12paun lepas raya. kawan gua benci raya sebab dia tak mampu melihat dunia.

***

kalau anda salah seorang golongan mereka di atas. anda jangan risau. anda tetap kawan gua. cuma sedikit peringatan, telah tuhan jadikan dunia ini untuk berlagak adil pada penduduknya. maka dengan kesederhanaan, beringat2lah pada mereka yang lebih memerlukan. tiada hari sehebat hari raya kecuali hari kiamat. maka bergembiralah sepuas2nya di hari raya.dengan ini gua ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua insan yang bergembira. minta maaf zahir je. batin gua xberani.

5 comments:

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

teddy...maaf batin jn lupe..ko lupe mlm tu...??haha... =P

Ries Lee said...

selamat beraye bro..

beLLa said...

selamat ary ryer gak.
pandu cermat jiwa selamat.
;)

LUVLYDIYANA said...

saya suka hari raya

cik tasha shafzan said...

selamat hari raya..

dan salam perkenalan.. :)