bersalam2 dahulu bercucuk2 kemudian.

gua kurang pasti kau orang pernah melalui situasi ini mahupun tidak. tapi apa yang gua pasti gua kurang senang dengan situasi ini. situasi yang memandang rendah kepada tahap ciptaan Allah ini. telah Dia ciptakan kita manusia pelbagai rupa, warna, hati. namun pada tuntasnya ali, abu, fatimah mahupun zainab, kita tetap manusia.

pernah tak kau orang nak salam orang, lebih2 lagi apabila insan itu lebih tua daripada kita dan saat huluran tangan itu diberi oleh anda serta merta dia akan menarik tangannya. seolah2 menunjukkan dia geli untuk bersentuhan dengan anda.mungkin dengan sebab2 tertentu yang tak dapat gua fikirkan dia punya alasan untuk tidak gemar menerima salam gua.

bukan apa.gua rasa gua macam anjing bila lu orang buat macam tu.sedangkan pak cik gua sendiri juga dia sering berkelakuan begitu.gua tahu gua pakai seluar pendek masa tidur.gua tahu rambut pai lang gua bukan macam ciri2 seorang islam sejati.gua tahu kecik2 gua pernah menipu.gua tahu kulit gua tak cerah macam paris hilton.tapi hinakah gua sehingga salam gua lu orang sambut dengan perasaan paling babi lu orang ada.

gua tahu lu orang kaya.tapi tangan gua ada sepuluh jari macam tangan lu.gua tahu lu kawan dengan artis tapi tangan ziana zain ada dua jugak macam gua. gua tahu pangkat lu tinggi tapi tangan gua tetap bekerja untuk mencapai impian gua. jadi tolonglah hormat tangan gua.sebab tangan lu tak ada beza dengan tangan gua.

gua tak mintak banyak.gua cuma nak lu orang tahu.tolong jangan nilai seseorang pada kelakuan, pada penampilan, pada tutur bahasa. sebab gua percaya setiap insan itu mahu berubah dan boleh berubah.dan jika pandangan jijik sebegitu terus dilemparkan masyarakat kepada anjing macam gua ni.gua nak berubah pun hilang semangat.

tolonglah jadi seperti pak imam yang tersenyum melihat gua datang masjid sembahyang dengan rambut terpacak.tolonglah menjadi seperti bapa gua yang tak pernah menyalahkan kelahiran gua di muka bumi.tolonglah menjadi seorang pendidik yang setia pada wawasan dan tidak mencaci pelajar mereka. dan paling penting tolonglah jadi seorang manusia dan bukannya anjing.

12 comments:

Amy Wong said...

tp gua nye lecturer pndang hina gua..;(

-epo-

hilman.fikry said...

lu lilek la kawan. skrg lu blaja. nnti kasi dye ternganga sikit tgk result lu k. =D

Lea Quzandrea said...

terbaik.!

SHAREL said...

lu kasi bawak orang-orang macam ni jumpa gua. gua nak suap diorang ayat-ayat maki gua, biar sampai muntah darah.

Liyana Adib said...

i've been there. sumpah sakit hati sehingga bila jumpa org tu, taknak salam lagi. Kalau salam pun, tak cium tangan :P

peerundas said...

teddy...
haku sentiasa di sisimu...
gtau ckit sape wat ko cam2...
biar aku ajar ckit si dia...

hazrin i. nem said...

ko hulur kaki la pulakk, mana tahu dia salam balik.

Anonymous said...

cik lea- =D

sharel-kasi lilek la kawan.biarlak mereka dgn dunia mereka.

liyana- thats what happen. =D

peerundas-ko ni pundek la.terangkan identiti ko. sapa ko ni?

hazrin-hahaha.mungkinlah.itu plan B.plan A igt nak kuar pistol.haha

Anonymous said...

ziana zain ade 2 mcm lu?

apa itu??

tetek kah?

wakaka..betol x??

huhu..teddy,aku xcaye r org buat mcm tu..aku kalau salam ngn ko kalu boleh nak cium tgn..haha.. pundek tol mereka buat kawan aku gtu..o0o

teddy said...

bodoh punye jen.hahaha.

Syitah said...

dia memang macam tu kat semua orang tak?

ada juga yang jenis tolol saya pun tak faham kenapa tapi dia memang jenis salam macam tu dengan semua orang. (hoho optimis ni)
hahaha..

btw. kawan saya pernah kena.
dan dia terasa hati. hohoho

Anonymous said...

ada sebab kot kenapa dia buat camtu?