buat mereka yang sedang terjatuh.

abang2 kakak2 sekalian,

lu orang terjatuh bukan bermaksud kau orang perlu duduk terdiam mengenang kejadian semalam tanpa memikirkan bagaimana untuk terus bangun lalu berjalan ke arah impian masing2. terjatuh, tersungkur mengajar anda untuk bermain air mata. mahu tahu kenapa? kerana tuhan mahu anda bersedih. kenapa Dia mahu kita bersedih? supaya tiap saat dan ketika itu kita tidak lupa pada dia. supaya saat dan ketika itu kita menjadi semakin kuat seperti Dia Yang Maha Kuat.

Bayangkan.

Gua yang terjatuh. tersembam mencari tanah. tersungkur melihat bumi. dan ketika itu tiada siapa yang membantu gua untuk bangun. dan saat itu gua sendiri. langsung tiada kaki dan tangan membantu. gua seorang diri. seringkali kita akan menangis dan rasa tersisih. dan ketika itu kita bengang kerana tiada siapa yang membantu.dan tidak mustahil yang memarahi tuhan kerana ujian itu dan tidak percaya akan kewujudannya.

tapi, itu bukan penyelesaiannya.

mengeluh.keluarkan segala yang terpendam. menangis.keluarkan segala yang membeku. semua orang boleh cakap, bila terjatuh, bangunlah. ya, memang betul. tapi lu orang bayangkan kalau gua terjatuh tadi. tanpa tangan. kaki kudung. macam mana gua nak bangun? mulut senang cakap. hati lain bicara.

dan jika 1000 kali gua terjatuh. dan 1000 gua cuba untuk bangun. tidak kisah gua berpaut pada dinding. mahupun terengsot2 di celah tangga. dan dalam seribu kali ini gua mengaku kalah. lu agak2 gua boleh bangun tak?

dan bayangkan kalau gua terus mencuba. gua cuba dan cuba lagi. gua cakap dekat diri gua ini bukan penamat segalanya. dan gua terus cuba. biar gua terseksa. dan di saat percubaan yang 3000  gua berjaya bangun. gua akan bangga dengan diri gua. dan gua akan menyesal sampai mati sebab gua berhenti dengan percubaan yang ke 1000 tadi membuatkan gua terus terduduk di bawah.

dan kawan2 ku.

percayalah. dan bagaimana anda rasa tersungkur. anda tidak bersendirian. ramai lagi yang sedang tersungkur. dan ramai sahaja yang datang menghulur. telah tuhan jadikan kita untuk saling bantu-membantu. dan di saat ini gua rasa bertanggungjawab untuk membantu kawan2 gua yang sedang rasa tersungkur. walaupun kata2 ini tidak seberapa, tapi gua selitkan doa untuk lu orang supaya masing2 berjaya bangun dan terus berjalan.

7 comments:

X said...

ni nak refer kat result final exam la ni ek?

Amy Wong said...

thanx 'abg' hillman..

Anonymous said...

np teddy??sape kene dismiss???hoho..

ala ko..mcm boleh je cek result..
mcm xkene block je result ko..

waakakaka

Anonymous said...

terima kasih ats dorongan ini..huhuhu...

sesungguhnya aq sdg tersungkur..

dan post ini sedikit sebanyak bg "KEKUATAN" pd diri ni.

miza rahman said...

urm..really nice entry.
mcm kisah katak dlm baldi.
aku share kt cni ye, teddy?
aku ada sekor katak, froggy namanya,aku letak dlm baldi..then aku tutup baldi tu dengan tudung periuk, lbh kejam lagi aku letak batu bata atas tuh. Si froggy melombat2 meronta2 nk kuar, byk kali dia lompat2..10x..50x..100x..
til kepala dia benjol2 dan luka. Pastu froggy benti melompat..dia duk diam je. Mak aku dpt taw aku tlh melakukan kezaliman, dia suh alihkan tudung periuk tuh. Tp froggy dah giv up, dia x melompat selamatkan diri sedangkan dia dah boleh berbuat demikian.Jika froggy melompat lagi, mungkin percubaan dia yg ke 101x dia akan merdeka..Froggy pon menghempuskan nafas terakhirnya dlm baldi.huhu.
Moral of da story: Never ever give up!

p/s:cerita di atas hanya rekaan semata2. Sebenarnya,aku takot katak!hahaha.

lumut said...

best entry ni..
thanx owner...
sekali jatuh bukan selamanya jatuh..
apa yang kau tulis..
itulah yg selalu bermain dalam hati aku..
thanx..

hilman.fikry said...

jagung-otak ko. ko sorg je tension pasal result. org lain cemerlang jehh. haha.

epo-xdehal. =D

jen-wakakaka. wak lu bdk kelantan!

ecah-aduh.kasi rilek la kawan.ada masalah boleh kongsi juga ok. =D

tokei katak-ape ko merepak laaa. yg ko g letak baldi kat katak tu watpe?? hahaha.

lumut-yeke.xdehal.mmmg kerja gua berkongsi dgn lu semua org. =D