PaPaDom.




dah lama gua tak review filem.bukan apa.saja tukar angin mencari topik baru.jadi, gua mintak maaf la kalau review gua lain dari yang lain.sebab apa yang mata gua nampak turun ke hati, yang itu gua akan tulis.gua bukan nya orang seni yang bijak bestari memandang hasil karya dari pelbagai dimensi.ini cuma sedikit perkataan yang gua dapat tulis setelah gua observe di cineleisure sebentar tadi.


1.filem melayu.maksud gua filem satu malaysia yang wajib kau orang tonton.tak kisah lu orang budak punk kuala lipis ke, rempit sejati kampung baru ke, drifter terpantas genting highland ke, janda berhias anak tiga ke, minah2 gossip kolej ke, budak skema ke, lu orang kene tengok filem ini. kalau tak ada bajet nak beli tiket wayang pun, tunggulah raya tahun depan ok.

2.cerita yang simple dan mudah.konflik yang ringkas.klimaks yang tidak terlalu memuncak.serta hasil karya abg afdlin yang tak perlu dipertikaikan bakatnya.walaupun jalan cerita yang mudah, tetapi perjalanannya amatlah menarik.tidah seperti kebanyakkan filem malaysia yang lain, yang jalan ceritanya mudah diteka,filem ini berbeza.anda tidak mampu meneka perjalanan cerita ini. arusnya seperti ular yang yang berlingkang lingkur mampu menaikkan berahi anda.

3.pembawakan watak yang sangat memuaskan.kehadiran bayi comel menghidupkan suasana.unsur komedi diterapkan dalam masa yang sama, ia menerjah pelbagai moral dan mesej kepada penonton.membariskan pelakon2 yang gah, menghasilkan karya yang gagah.tahniah PaPaDom.

4.Skrip yang menangkap jiwa.mudah difahami serta lekat dihati.membuatkan filem hidup dan terasa dekat disisi.mampu buat penontot tersenyum, ketawa besar serta menangis. terlalu banyak scene2 yang menarik serta ayat2 yang perlu diulang2 dalam kehidupan seharian.

5.malas cakap banyak. gua tak segan nak tepuk tangan sorang2 lepas habis tengok cerita ini. biarpun semua pandang gua pelik.sebab gua tepuk tangan ikhlas menghargai hasil karya ini.dan jika liyana jasmay terbaca tulisan gua ini.gua tak segan nak lunch dengan u esok tengah hari ok.


akhir kata, gua tunggu filem2 seterusnya. gua nampak cerita santau, senario the movie 2, dan pisau cukur. yang gua rasa gua kena tengok. apa2 pun,tahniah lagi sekali buat mereka yang menjayakan filem papadom ini.dengan itu gua akhirkan ucapan gua dengan ciuman serta perlukan kepada papadom.xoxo! =D

p/s-kepada abang afdlin shauki, lu kene belanja gua milo ais.gua sanggup pergi tengok cerita lu bawak rm10 je.itu pun gua pinjam dulu kat adik gua.nasib baik gua tengok hari rabu, rm6 je.kalau gua tak dapat bayar balik kat adik gua, gua cari lu je.tau2.

15 comments:

fndrocka said...

afdlin memang pencerita ..aspek2 teknikal tu sampingan je...

sarara said...

wow..ramai sungguh bercakap perihal papadom sekarang ni.
mesti best

~mi3za~ said...

rata2 memuji kebestsan papadom.ni yg mesti kena tgok gak.lu up kan lgi curiousity aku nk tgok bah..can't wait till weekend!oh.

beLLa said...

ni y excited nk tgk nih..
btw.smgt btol nk tgk smpi pow adik 2..
;p

tan TEN ton :D said...

nanges kot tgk citer nie. haha!

miephobia said...

afdlin shauki 2 brother gua..;)

-epo-

hilman.teddy said...

fndrocka- haha.wajib tayang.

sarara-sebuah karya yang murni.

mieza-buli bah kalu ko! =D

bella-sengkek.holiday.mane dpt duit.. =D

tan ten ton-yg nanges apehal? huahahaha.

epo-afdlin shauki tu rumah dia sama simpang ngan gua. =D

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

tolong belanje gua tgk papadom

fatynlicious said...

most of the people yang review filem neh cakap best sangat
takleh jadi
kena pi tgk jugak
tapi hari rabu ni la
hehe

si eJa said...

saya setuju :)

Ries Lee said...

aku nak tgk malam ni tp x der kawan nak ajak....
huh!

cahaya kelip-kelip said...

mmg terasa betul bila cakap psl minah2 gossip kolej.. haha kena atas batang hidung sediri dowh.
tapi aku mmg minat afdlin nih.. bagus lah dia bley wat filem camnih... lagi pon kbnyakn film dia ada msge tersendiri dan unik.

azzaliena suziantie said...

huh...best ke???
huhu

hilman.teddy said...

jen-haha.dgr cite keje kat hotel.mesti kaya.tak kan xde duit kot.

fatyn-yeah! baru bayam! rm6 je.

si eja-ye2 je setuju.ke kena bayar ni?? haha

cahaya kolip2-yeke.mana lah tau.tak tau pulak hidung ko pun ade.keh3.

azza-lain mata lain hati. =D

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

paaannnnttteeekkkk...haha