Terbang ke Awan Dania (18sx)

Peringatan Awal : Cerita ini berbaur Biru.

Al-kisah di sebuah kampung indah permai di Tapah bersahabatlah dua insan bernama Ali dan Wani. Mereka berkawan dari kecil. Main masak2 bersama. Main kahwin2 bersama. Main cikgu2 bersama. Hubungan mereka terlalu akrab dan abstrak seperti air yang dicincang tak akan putus.

Maka. Membesar lah mereka. Ali sudah bersunat. Wani juga sudah reti menggunakan tampon.

Terus masing2 dengan arah tujuan masing2. Wani seorang pelajar yang pintar. Berkat usahanya itu, dia bekerja sebagai seorang peguam di celah Kuala Lumpur. Ali pula yang sedikit malas bekerja sebagai mekanik di Sabak Bernam.

Hendak dijadikan cerita. Ibu Ali dan Wani berkawan baik. Menjadi kebiasaan ibu si Ali iaitu Cik Santan bertandang ke rumah ke rumah Cik Jenab ibu kepada Wani dan bertenggek di serambi bercerita perihal kampung. Biasalah kumpulan Gossip Girl khabarnya.

Dan pada suatu hari. Cik Santan menerima panggilan dari Cik Jenab. Perbualan berbunyi begini.

Cik Santan : Wak lu! Siapa di atas talian?

Cik Jenab : Bak datang la wei! Ni Jenab lah. Lu apa cerita?

CIk Santan : Ouh. Jenab. Lu nak apa call gua pagi2 hening ni?

Cik Jenab : Gua ada hajat lah. Ada perkara sikit nak gua bincangkan. Gua rasa nak menimang cucu. Lu tak nak ke?

Cik Santan : Teringin jugak gua. Apa je harus gua lakukan?

Cik Jenab : Kita satukan anak kita je lah. Elok sangat la tu Wani dengan si Ali tu.

Cik Santan : Gua setuju sangat. Nanti gua calling. Lu pun call la Wani tu ek.

Kemudian. Mereka pun menelefon anak masing2 dan suruh mereka bergegas pulang ke kampung kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Sekian, sampailah Ali dan Wani di Tapah. Mereka pelik kerana secara tiba2 dipaksa pulang ke kampung.

Maka bertanyalah mereka apa tujuan nya. Setelah diceritakan segala. Ali dengan nafsu kudanya lekas bersetuju. Memang sudah lama dipendam perasaan sayangnya pada si Wani. Wani juga bersetuju biarpun malu2 kucing untuk mengaku ingin berkahwin dengan Ali.

Dipendekkan cerita. Maka selamatlah mereka bersanding. Sepelusuk orang Tapah datang bertandang. Hari yang bahagia buat mereka berdua selamat ke jinjang pelamin.

***

Petang itu Cik Santan awal2 sudah berpesan kepada Ali.

"Nanti malam pertama, kau jangan nak main terkam je. Berkias sedikit. Nanti kau cakap sama Wani, kapal terbang nak landing ni" pesannya kepada Ali.

Ali yang tidak sabar untuk malam pertama fokus dan ingat pada pesan ibunya.

Si Cik Jenab pula juga sempat berpesan kepada Wani.

"Nanti malam pertama, kalau abang Ali cakap kapal terbang nak landing, kau balas balik lapangan terbang sudah bersedia. Tahu?" kata Cik Jenab pada Wani.

Wani yang agak hilang tumpuan hanya mengangguk pada kata2 ibunya. Padahal fikiran nya menerawang entah ke mana. Mungkin kepenatan melayan tetamu. Jadi pesanan ibunya diendahkan.

Malam Pertama.

Ali masuk ke kamar. Kelihatan Wani sedang baring kepenatan di atas katil. Ditenung nya Wani sedalam2. Nafsunya membuak2. Lantas Ali terus berkata.

"Sayang, kapal terbang nak landing ni" kata Ali bersungguh2.

Wani hanya membuat bodoh. Dia sangkakan Ali hanya bergurau dengannya. Memandangkan tiada respon dari Wani, Ali terus membuat konklusi mungkin Wani kepenatan malam ini setelah melayan tetamu.

"Tak apa. Aku cuba esok sahaja"bisiknya dalam hati.

Malam Kedua.

Kelihatan Wani baru keluar tandas berkemban kain batik cap pengkalan chepa. Ali yang sedang membaca yasin terus menghabiskan bacaannya dan lekas duduk di sebelah Wani lantas berucap.

"Wani sayang, kapal terbang nak landing laa"kata Ali penuh manja.

"Apa abang ni. Merepek je. Benci!" balas Wani.

Ali kelihatan sedikit bengang. Tapi dinaikkan paras kesabaran nya. Dia sedapkan hati dengan berkata mungkin Wani belum bersedia menimang cahaya mata.

Malam Ketiga.

Petang. Pukul 6. Wani sedang berbaring di atas katil sambil membaca majalah URTV. Kain batik yang dipakainya terangkat sedikit menampakkan betisnya yang putih melepak.

Ali tidak tentu arah. Sudah lama nafsu kudanya ditahan. Hari ini mesti dia kerjakan Wani. Maka, terus berkata.

"Awak2, kapal terbang nak landing ni. Tak jumpa lapangan terbang la"kata Ali.

Wani yang agak menyirap dengan perangai Ali yang tak habis2 dengan kapal terbangnya terus berlari ke tingkap dan membuka tingkap lalu melihat ke langit biru.

"Mana kapal terbang? Mana? Tak nampak pun!"katanya dengan niat ingin menganjing Ali.

Ali bengang. Dia marah. Dia benci. Dia kecewa. Di kecamnya selimut.

Lalu.

Wani mendapat panggilan dari ibunya. Cik Jenab hanya ingin bertanya khabar dan mengorek cerita malam pertama mereka. Wani terus bercerita segala yang terjadi.

"Mak, abang Ali tak sentuh orang pun. Tak kan la orang nak start dulu. Malu lah. Orang dah tak tahan dah ni. Dia asyik cakap kapal terbang nak landing je. Tak habis2. Sakit hati orang" merajuk Wani.

"Lorh, bengap jugak anak dara aku ini. Kan mak dah cakap, kalau abang Ali cakap kapal terbang nak landing. Kau balaslah lapangan terbang dah sedia. Mak dah bagitau dah awal2 hari tu kan?" marah ibu Wani.

"Napa tak cakap awal2!" kata Wani.

Malam Keempat.

Wani sudah bersedia dengan agenda nya. Disarungnya pakaian seksi. Ditaburnya minyak wangi berjudul Malaikat Subuh. Digosok gigi seputih2nya. Diuruskan mana2 rambut yang tak terurus. Lalu terus masuk ke bilik.Kelihatan Ali di kerusi malas melayan cerita CSI.

"Abang...airport Wani dah ready. Bila abang nak landing?"pujuk Wani dengan suara manja sambil membelai tengkuk Ali.

Ali yang sudah kecewa terus mencampak remote astro ke katil dan pandang tepat ke arah mata Wani lalu bertitah.

"AHH! tak ada! Kapal terbang dah rosak!" katanya dengan muka penuh dendam.

Teresak2 Wani mengenang nasib. Maka dengan itu segala kapal terbang Firefly, Pelangi, Air Asia,Boeing 707 mahupun AirBus milik Ali merajuk. Tidaklah mahu ia lagi mencari airport.

Lapangan terbang Terminal 3 si Wani pula kecewa kerana tidak mendapat kunjungan kapal terbang idamannya.

Malam Seterusnya.

Kau orang teka lah sendiri apa jadi. Yang penting AirBus Ali sudah disetkan kepada auto pilot dan dipaksa bekerja keras sehingga berjaya mendarat di terminal 1. Terminal 2 belum dijelajah lagi. Terminal 3 tak boleh katanya. Berdosa. Terus belayarlah anak2 kelasi dengan derasnya.

Nota Kecil-Cerita hanya rekaan semata2. Tiada kene mengena dengan hidup dan mati ataupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan cerita ini. Sumber cerita dari abang Shisha di Al-Safa Sri Damansara.

Moral-Tempah la tiket yang halal untuk menaiki kapal terbang mahupun ingin mendarat di mana2 lapangan terbang. =D

7 comments:

X said...

korang ajo lahanat punya story....hahahah...

Addle Lassie said...

haha
malaikat subuh tuu

royal joe budu said...

bodo sial..

Anonymous said...

LMAO !

Amy Wong said...

wak lu.! ;p

Anonymous said...

sporting gle mak2 dorg tuh..

Anonymous said...

wahahahahaha
*gelak guling2 smpai terkucil
giler lawakkk!!
tabikk spring!!