Sendiri Punya Masalah.

gua rasa dulu pun gua ambik spm. gua tahu apa perasaan habis bila gua dah habis spm. gua tahu apa rasa apabila gua tak payah sarung baju uniform lagi. gua tahu apa perasaan tak payah jumpa cikgu disiplin lagi. gua tahu apa perasaan kene iron baju pagi2 nak pergi kelas. gua tahu apa perasaan kene sikat rambut sebelum pergi kelas.

selesai lagi seangkatan barisan2 form 5 yang selesai dengan spm mereka. makin bertambah generasi muda. makin tua rebung2 yang akan bertukar menjadi buluh kelak. masing2 dengan perancangan masing2 bagi menentukan hidup masing. dari sini gua ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup untuk lu orang yang baru habis spm.

enjoy.
tolonglah enjoy. 6 tahun di sekoloah rendah. 5 tahun di sekolah menengah. anda berjaya setelkan. mudah kan? jadi apa lagi? ini saatnya. cari syurga. kenal dunia. dulu hidup anda berombak bergelora. hari ini, sementara berlarilah anda ke sini kesana. menikam lah anda. tapi berhati2 dengan hasutan dunia. jauhi perkara2 mungkar dadah mahupun kencing setan.

masa depan.
selesaikan masalah masa depan anda dahulu sebelum bersedia untuk berhibur. apply sahaja semua universiti. kenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda. banyak bertanya dengan mereka yang sudah belajar di universiti.
buat kajian di internet. jangan mudah ditipu dengan kolej2 swasta yang menawarkan perkhidmatan mereka.

lesen.
kalau rasa dah cukup umur. sila lah ke sekolah memandu sekarang. percaya cakap gua jangan tangguh. nanti hidup lu orang susah. sekarang ni lah masa terbaik korang nak mula ambil lesen atau habiskan lesen korang. tanpa lesen kenderaan ini agak menyukarkan perjalanan anda untuk mengenali dunia.

kerja.
hurm. gua tak kisah pun kalau lu orang nak kerja. mungkin lu orang minat cari pengalaman dari sini. tapi macam gua, gua tak kerja pun dulu. ada 2 sebab napa gua tak kerja. satu, msa kau orang untuk berhibur terhad. kau orang akan penat dan tidak ada masa untuk melepak. kedua, menjadi satu masalah juga bagi mereka yang biasa pegang duit banyak dan tidak ingin meneruskan pelajaran, situasi ini amat bahaya. macam gua, gua sentap kamera pastu gua cari mana2 lubang yang boleh gua cari duit. kalau lu orang boleh main musik, kembangkan bakat lu orang time2 ni. pergi busking ataupun apa2 sahaja. cari event best2 dan mula kembangkan sayap pergaulan kau orang. cari kerja yang tidak membuatkan kau orang terikat sepenuhnya.

kursus.
pau mak bapak kau orang pergi kursus. tak salah. banyak kursus2 best yang ditawarkan sekarang. terjah je kursus fotografi, kelas drum, kelas bahasa mandarin, pergi bina badan di gym, kelas photoshop. mana2 yang minat mengembangkan skil peribadi, boleh lah join giatmara. korang belajar lah sementara pegang spanar, main enjin, menjahit ke dan sebagainya. berhati2 dengan kursus keusahawanan. mereka menggunakan nama ini, tapi dasarnya mereka sebahagian syarikat MLM yang akan target anda dan meleburkan duit anda. berhati2 ya.

travel.
kumpul duit sikit. cari kawan2. awek2 ke. pergi travel. buka mata lihat dunia. mana yang mampu pergilah lihat dunia orang. pilih destinasi dekat2. singapore ke, indonesia ke. china pun ok. barang kat sana tengah murah. kat negara kita pun banyak je destinasi best. kau orang gegar je pulau redang, sandakan, pulau sipadan, melaka dan sebagainya. dan untuk pengetahuan kau orang, konvoi adalah satu benda yang amat stim untuk dilakukan time2 cuti panjang ni. dan juga, travel bersama keluarga adn travel dengan membe2 adalah satu perkara yang amat berbeza!

lepak.
benda ni gua tahu lu orang lagi expert dari gua. tapi gua rasa tak salah gua kongsi sikit port2 lepak untuk budak2 hingusan. berjalan lah supaya lu orang tak digelarkan budak hingusan lagi. port2 biasa untuk usha awek. shisha kat jalan damai ataupun ada orang panggil andalus dekat ampang. rasta taman tun jugak ok kalau lu orang nak lepak2 usha gadis2. tinggalkan saja zaman2 mid valley, time square korang tu. pergi bukit ampang ke layan view kl. tak pun pusing2 lepak dataran merdeka usha rempit. pergi kacau bapok kat kl juga akan menjadi pilihan kalau dah tak da benda nak buat. kalau rasa nak sihat pergilah mandi sungai kat ulu yam ke. tak pun main futsal atau badminton kat sportplanet. gua gemar main snooker dekat taylors pj. destinasi menarik. nak advance sikit, pergilah gegar pd. balik hari. main angin malam. sumpah layan. tapi pastikan ibu bapak kau orang tahu.

awek.
gua tak pandai nak ulas. kalau lu orang rasa perlu, maka carilah. tapi pandai2 simpan. sebab masa ni lah kau orang boleh kenal dengan ramai gadis2. maka pilihan kau orang akan menjadi lebih luas. bersedia lah dengan umpan2 kau orang. tak kan nak pancing awek pun gua kena ajar. tapi kalau nak jugak kena masuk kelas extra gua lah. rm2 setengah jam. ok?

kerja gila.
ini lain cerita. gua kenal sangat perangai budak habis sekolah ini. antara kerja gila yang boleh korang buat. memandu laju2 di jalan raya sambil mencilok kiri kanan. gua tahu bahaya. jangan cakap gua tak sound ek. sendiri buat sendiri tanggung. cari kelainan. contohnya sembahyang subuh berjemaah di masjid berhampiran. gua pernah buat, tak kan lu orang tak boleh. ada duit lebih, buat lah bbq dengan membe lu orang kat rumah ke. kat tasik berhampiran ke. jangan lupa ajak gua.

gua pun tak tahu apa lagi gua boleh kongsi. gua pun takut nak kongsi semua. nanti mak bapak korang cari gua saman gua ajar benda tak senonoh. suka hati lu orang. lain orang lain cara. lu orang nak buat apa gua tak kisah, janji lu orang kenal bau syurga nanti. kenali lah dunia sebaik2nya. sampai disini kelas tambahan gua. akhir kata, SPM. Sendiri Punya Masalah.

cuma ingat, kalau lu orang tak kacau hidup orang, orang tak kacau hidup lu.

5 comments:

Amy Wong said...

benda2 nie wa buat pas habis spm.
rugi mat kalau xbuat..
lagi2 semayang subuh kat masjid..;D

saye.eyda said...

wah' boleh tak nk pergi balik masa baru habis spm tuh..mmg menarik!!

*pandang atas ingt masa lampau*

tibe2 rasa diri mcm dah tua..

Anonymous said...

miephobia,smyg subuh ok la kat bilik..smyg jumaat tu..ingtkan teddy ckit..haha

Amy Wong said...

(jen) xpe2..man xpenah miss semyg jumaat..

faris said...

aha, terbaik la nii.! yang part kacau bapok tu. fev abiss. nek kete kcau. cnfirm nanti dia ckp cmni. "tkada duit jangan la kacau.!" *lalu menunjukkakn jari kelingking. yang paling kecik tu.