aku penat.


perempuan itu.
sabtu : dia ketawa.
ahad : dia berduka.

aku cuma bersahaja.

perempuan itu.
isnin : dia muram durja.
selasa : gedik pula.

perempuan itu.
perempuan ini.
normal dengan merajuk.
lelaki ini bosan.

pedih.
sering dipertikaikan kasih sayang.

bukan tak sayang.
mencari ruang.

keadaan sempit.
aku masih sukar bernafas.
seluar aku koyak.
mata aku rabak.

dan bagaimana untuk aku.
merindui engkau.
jika kau tidak pergi dariku.
tidak hilang dari aku.

dan aku pasti.
engkau tahu.aku biasa.
tiada langsung yang istimewa.

perempuan itu.
lelaki ini kusut.
mesyuarat masih banyak bertangguh.

perempuan itu.
sering mengharapkan bintang.
sering impikan bulan.
dan lelaki ini cuba.
dan cuba.
tapi perempuan itu hanya pandai berkata.

penat.aku lelah.
beri aku ubat.

perempuan itu.
ada bersama temannya.
makan tengah hari bersama.
siapa saya?
tanya lelaki ini.

perempuan itu berkata.
awak saya punya.
lelaki ini ketawa.
lelaki itu pun awak punya.

luka.
mari jahitkan.

perempuan itu.
gebu.comel.putih bergaya.
lelaki ini lantas ceria.

hey awak,
siapa nama?

ahh.tersenyum pula.
apa2 sahaja lelaki ini.
mengarut pula.

andai kuda emas itu mampu berkata2.
pasti semua dia yang punya.

tapi sudah.
penat.luka dan segala.
tiada siapa yang tahu.

kerana iskandar /// juga pernah berkata.
cinta pada-nya juga yang cinta.
dan jujur lelaki ini berkata.
perempuan itu bukanlah sesiapa.