budak kelantan



apa yang istimewa negeri di atas untuk gua? padahal bapak gua bukan lahir kat situ pun. apatah lagi moyang gua. langsung tak pernah pergi kelantan. gua pun bukan ada bini kat kelantan tu. tapi ada satu cerita menarik tentang negeri budu ni untuk lu orang. bagi gua, benda paling istimewa tentang kelantan ialah rakyat jelatanya.

bukan semua orang kenal budak kelantan. bagi gua, mereka ini ada perangai sendiri. ibarat wau yang besar dan cantik tapi berada tinggi di langit. tiada siapa tahu pandangan mereka ke bumi. macam gua, membesar dengan budak kelantan membuatkan gua tahu isi perut serta segala punggung mereka. bukan nak cakap besar, tapi gua sekolah dengan budak kelantan. gua tidur sekatil. makan sepinggan. jiran pun dengan budak kelantan. jiran belakang pun orang kelantan. gua je tak kelantan2 lagi.

gua open cerita. memang orang selalu ingat budak kelantan ini kuat dengan semangat asabiyah mereka. tapi lu orang yang belum kenal sepenuhnya mereka tidak tahu apa perasaan sebenar makan mee sedap cicah serunding dengan budak2 kelantan. lu orang tak tahu betapa rimas gua tidur kena peluk dengan budak kelantan. lu orang tak tahu betapa terbelit lidah gua belajar nak ngorat awek kelantan. betapa mesra kalau lu orang boleh masuk dengan dia orang.

lagi, orang selalu cakap budak kelantan ni nakal. hurm. gua malas nak komen panjang sebenarnya. tapi lu orang tengok je lah kerusi kat stadium bukit jalil tu. kajian yang membe gua telah jalankan. nama dia prof jen. dia budak kelantan jugak. dia telah membuktikan bahawa dna2 dalam darah orang kelantan ini datang dari baka yang bagus. maksudnya, mereka seolah2 pahalwan. darah panglima yang kadang kala tidak terkawal. lu orang pun belajar sejarah. betapa gagahnya tok janggut menawan dunia.

dan bagi gua bahasa kelantan ada kemanisannya sendiri. pada tiap terbelit lidah gua itu sebenarnya tersimpan gelak tawa buat mereka. dalam hari2 gua belajar untuk bercakap bahasa kelantan, dan masa itu juga mereka pasti akan ketawakan gua. tapi semakin hari gua hampir graduate bahasa kelantan. setakat awek pasir puteh tu memang orang kata hujung jari je lah. dan gua pasti akan ingat sampai mati, pepatah kelantan yang gua telah salah cakap tetapi masih gua guna sampai hari ini.

"kechek besa tahik pado jubo".

mesti lu budak2 kelantan tengah gelak kan? macam ni lah kalau gua cakap kelantan. membe gua siap rekod lagi nak bagi mak bapak dorang dengar.

gua tak tahu apa angin gua sebenarnya nak cerita pasal budak kelantan ni. mungkin gua telah dibasuh oleh mereka kot supaya menerima mereka sebagai hero malaya. gua rilek je. tadahal. mungkin gua dapat satu talian antara mereka. dan untuk itu, gua cuba betulkan pemikiran orang ramai terhadap mereka. bagi gua, kalau lu orang pandai layang mereka. lu orang pandai buat diorang gelak. lu orang pandai sekeh kepala diorang. lu orang ibarat adik beradik sampai bila2.

awek kelantan gua tak dapat nak buat kajian lagi. bahan2 yang ada tidak cukup lagi untuk gua ceritakan perihal mereka. tapi yang gua pasti. yang gebu. yang putih. yang manis. itu jelah setakat ini yang gua dapat observe. apa2 hal bagi gua kenal mereka dengan lebih dekat lagi dulu ok. jadi, mane2 awek kelantan yang nak kenal bagitahu saja ok.

gua rasa sampai sini jelah kisah hidup gua denga budak2 kelantan. lain hari kalau ada cerita menarik gua dengan diaorang akan gua persembahkan pada semua ok. gua pun dah lapar ni. membe gua jen ni pun dah janji dengan gua nak belanja gua nescafe ais sebab gua puji budak kelantan dekat blog gua.


p/s- sebenarnya gua kena ugut tulis benda ini dengan diorang.




4 comments:

Anonymous said...

haha..bdk kelantan mmg cool..bo baling mercun kat aku mase aku gayot ngn awek pon aku rilek lagi.ngajok 2 minit je kot..

haha..

tp mmg sial la ko mlm tu!babi..xpk langsong aku..pundek.

budak damansara mcm taik.

teddy.. said...

oo mung tulih gapo dio nie teddy..macei aku ao sebeloh mu dok maso mu wt blog nie dok sambil2 tu aku bakar tgn mu nga litghter kalu mu kutuk aku..n budak2 kelantan...
go red warrior...itu semangat sek aku...n budak kelate...ader aku kisoh..mu pehe dok gedio aku kecek nie...dok eh,molek la...seriuh gak sikik...kalu nk kecek kelate mu keno makei budu+poyok+ikei tawar+lado n +air asam limau...pehe dok..ok bye..blog update..

bungacahaya said...

Ha?...

Yer..yer..org N9 tp suker budak kelantan. Tp tak dpt kawen ngan budak kelantan.

Budak kelantan takde ngorat aku kot (statement bengong!)

rasyifah rushda said...

haha
budak kelantan hebat
mmg semangat assabiyah sgt kuat :)