5 umpan pancing ikan duyung.

Meh gua nak kongsi untuk jejaka2 yang tak yakin dengan pendirian kau orang memikat gadis. yang rasa kekok berhadapan dengan gadis comel. yang rasa tidak yakin dengan fesyen korang yang tidak setara dengan ahli2 tetap pemakai siri baju topman. yang kurang rasa hebat dalam menarik perhatian gadis. yang cepat menyerah kalah. ini sebahagian rahasia yang diturunkan nenek moyang gua. maksud gua moyang gua lah. tak kan nenek gua nak share ayat pikat perempuan pulak. azimat gila.

gua story je ok. cara pemakaian lu orang pandai2 setting. waktu nak keluarkan pun kau orang kena bijak. lemak lah gua nak bagi tahu semua. berdikari lah sikit ok.

1. Diam dan Bersahaja.
Kalau kau orang macam dah ada target. time korang pertama kali terjumpa, silalah diam dan bersahaja. jangan terlalu menyerlah. lelaki yang menyerlah pada awal perkenalan lebih membawa ke arah berkawan.
kau orang cuma perlu selit2 sedikit dengan soalan2 yang kill. contoh soalan yang kau orang boleh selit.

- you dah makan ke belum ni? nak i orderkan?
- urm, you study mana ek? mesti u ni deanlist kan.

2. Not to humble, Not to berlagak.
Ha. jangan rendah diri sangat. perempuan akan naik menyampah. seolah2 menunjukkan anda datang dari golongan yang lemah. tapi ingat, jangan berlagak sangat. takut ada chop voir je kat dahi korang nanti. jadi, apa yang penting bersederhana. contoh ayat seperti berikut.

-eh, mana ada. i tak reti pun lah main gitar. tapi kalau nak i nyanyi lagu untuk u, boleh kott.
-haah. saya dulu budak mrsm. tapi untuk saya, mana2 sekolah pun sama je as long as pandai bina diri.

3. Fakta menarik.
Banyak pengetahuan meletakkan anda seorang yang berilmu dan rajin di mata wanita. mereka mungkin akan menilai anda seorang buku mahupun bijak mencari pengalaman. hafal sedikit fakta2 lama mahupun berita2 terkini yang anda rasa tak ramai pun tahu. tapi ingat, pastikan hujah anda kukuh.

- oh, mamat tu. dia banyak menulis puisi2 yang hebat. seawal umur dia 18 dia dah merantau seluruh eropah untuk mencari idea.
- haah, filem ini mula ditayangkan 22 febuari 1874. masa itu, teknologi penempelan muka pun masih belum ada. tapi bagaimana mereka berjaya mengklonkan wajah abraham lincoln.

4. Lawak jenaka.
Haa. gua tak pasti berapa peratus. tapi kebanyakkan perempuan comel suka disamping lelaki yang penuh dengan sense of humour. jadi, lu orang perlulah bersedia dengan kata2 yang boleh membuat mereka ketawa dan selesa jika bersama anda.

- lahh, kenapa awak tak suka pakai baju kurung? mak saya cakap, dia suka pakai baju kurung. sebab berangin je.
- haah. saya single lagi lah. kalau saya dah ada awek. tak kan lah saya rasa nak mintak nombor awak pulak. awak ni pun.

5.Bertutur dengan hebat.
Ini pun penting. sentiasa penuhkan perbualan dengan prosa kata yang hebat dan jarang digunakan orang lain. ini membuatkan anda kelihatan bijak dihadapan mereka dan nama anda akan berada di mulut dia ketika dia bersembang dengan rakan sebilik dia sebelum tidur.

- kalau u nak tahu, ada jugak kesatria2 straight edge yang tak makan daging. they trust in vege.
- he died because of drug. people say its chemical. but somehow i think is because of bo. and he likes coc too.

gua rasa dah cukup dah kot. 5 tips. mesti boleh punya dapat 5 orang kan. gua pun malas lah nak open semua. kang kantoi lah taktik2 cina ni. tak masuk pulak kang ikan piranha dalam jaring gua. jadi lu oragn bijak2 lah pakai. tapi kalau nak pakai, pastikan mereka comel ok. haha. kalau tak jadi jugak. lu orang try lah pakai tip yang last ni. sebab gua amalkan benda ini je dari dulu, dapat jeh. =D

6. Jadilah diri sendiri.
Kalau lu rasa rambut pendek ensem tak yah simpan. kalau lu rasa seluar koyak itu selesa, tak payah pakai kain pelikat. kalau lu lancar berbahasa sepanyol, lain hari pun boleh sembang bahasa sendiri. kalau lu rasa naik moto dah style, lu beli je helmet untuk dia. kalau lu rasa lu tulis blog, lu nampak cool. lu tulis lah blog, tak payah cuci kereta pulak. ok? jadi diri sendiri. kalau diorang nak kita. ambik. tak nak sudah. sekian. =D

10 comments:

ReMpiTbErkUbuR said...

gempak beb tips kau ni..
nnt aku try guna umpan ni..

atiey said...

setujuuuu! yang first tu yg paling setuju ^^ tapi yang lain 100% betul :D

hans said...

hahahaha
tips ko bagus

selamat makan limau banyak2...hehehe

saye.eyda said...

haha' macam2 la dy neh..

hilman.teddy said...

mat rem-haha. nanti lu dah dapat sorg dua. jgn sombong lak. pasing2 skit kat gua ni.

atiey-haha. confirm ek 100percent betul?

hans-ko ni. xhbis2 ngn limau. haha

eyda-apa?? haha. tak kan xleh kot share sikit2. haha

firdz k said...

hehe :P

siti nasuha bt ismail.. said...

ya betol! kami org pmpuan mmg suke boy yg penuh ngn sense of humor..

hilman.teddy said...

firdz k - =D

nasuha- haha. betul ek?

atiey said...

for me, 100% setuju and betul lah :) yang penting be urself ^^

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.