hati ini.

haah. awak mungkin boleh berkata
hati saya ini hina nya seperti batu.
tapi itu kerana.

saya.
ingin menjadi diri saya sendiri.

mungkin awak lihat saya.
seperti batu di tepi jalan.
tidak punya rupa lagi harta.

mungkin awak lihat saya.
seperti batu yang dijadikan kaki lima.
hinanya kerana sering menghina.

mungkin awak lihat saya.
seperti batu-batu sungai.
hanya hidup mengikut derasnya air.

mungkin awak lihat saya.
seperti si hujan batu.
sakit menumbuk ke telapak bumi.

mungkin awak lihat saya.
seperti batu-bata dalam pembinaan.
punya corak dan pelbagai cerita.

mungkin awak melihat saya.
seperti batu kerikil dihembus angin.
tidak sama seperti batu marmar yang awak idamkan.

tapi.

jika.

awak beri saya peluang.
sedikit hari saya mendekati awak.
memahami awak.

akan saya bekalkan awak.
penukul.
dan pengukir.

supaya bisa awak ukir hati ini.
dan menjadi sebuah arca batu.
yang indahnya seperti itu.
yang cantiknya seperti itu.

dan.
dapat ia bersama awak.
hari ini selalu.
dan selamanya.

6 comments:

Anonymous said...

mana dapat idea tulisan sebegini aa?
indah sungguh

atiey said...

<3

Lucy S. said...

sweet, and deep :)

Liyana Adib said...

Awwhhhh :)

hilman.fikry said...

shakinah-haha. entah. sewaktu masuk ke dewan peperiksaan untuk final. =D

atiey- <3 2!

alyn-haha. thanks lynn.

li- apa awh2? haha.

siti nasuha bt ismail.. said...

wow!!