akak duyung.

kerana perempuan itu seperti ikan2 dilautan.
secomel si buntal. seindah si kembung. segarang si jerung.
mahupun.
sempurna si duyung.

dan lelaki pula seperti nelayan di sisi mereka.
ada yang menggunakan joran.
ada yang menebar jala.
ada yang memukat tunda.
yang tiada hati.
guna elektrik mahupun tuba.

tapi gua.
tiada bot.
tiada rakit.
tiada umpan.
tiada jala.
tiada pukat.

hanya menunggu di persisiran pantai.
mencipta istana pasir.
menyanyi dengan bayu angin.

lalu kembali datang duyung itu.
menarik gua ke negara dia.
katanya mahu jumpa neneknya minta restu.



3 comments:

Alynn Notnot said...

imaginasi tinggi ;)

hilman.teddy said...

haha. mana ada tggi pun. =P

Wan Perlis said...

kalaulah aku dapat maya karin