kejar-mengejar.

bukan senang mengejar seseorang dalam hidup kita. ada yang lariannya terjatuh di tengah2. luka berdarah. ada yang tergolek masuk gaung. patah tengkuk beb. ada yang penat lalu berhenti. layan air tebu tepi kaki lima kejap ke. ada yang terpesong juga. elok2 kejar fatimah, tiba2 kejar hanim pulak. tapi apa2 pun, larian yang ditamatkan dengan tangkapan yang berjaya pasti mengundang indahnya sendiri di hari itu.

dan gua. seperti semua orang. pasti juga mengejar. tapi ada orang beritahu gua. lagi baik kita menunggu je. tunggu dia datang. gua pernah try jugak tips ini. tapi sayang tak lama. yelah, membe tu yang sayang kita. tapi untuk bahagian kita, mungkin ambil sedikit masa untuk membina rasa indah itu. tapi sebab itu, gua lebih gemar mengejar dari menunggu walaupun menunggu kadang kala lebih tampak style dan macho.

tapi apa yang gua perasan.

macam jenis2 perangai orang yang kita kejar ni. ada yang ego dia macam langit ketujuh. gua cakap gua rindu dia pun dia buat dekk jeh. agak poyo gua rasa disitu. tak chill langsung. ada yang gedik lebih. yelah, lagi2 kalau mangsa bekas peninggalan orang lain. hati dia tangkap lebih. proses pengejaran akan menjadi lebih senang jika status mereka begini. ada yang layan jeh. respon so-so-so jeh. kira dia sempoi lah. respon camni gua paling suka. bak kata dak2 shapel bukit bintang, ala2 skandal la tuh. tapikan, kalau diorang agak2 sombong melimpah2 je kan. gua cakap lu orang. tinggal je. bukan tak ada orang lain.

oleh itu,

selamat mengejar. tapi, apa2 pun. selagi kau orang tak puas hati dengan apa kau orang dapat. maka teruskan lah mengejar. gua bukan nak ajar lu orang jadi nakal ke apa. tapi, percayalah. kita sebagai lelaki tidak memandang pada harta mahupun segala. kami hanya mahukan yang terbaik untuk baka kami. jadi rupa itu adalah segala2nya. =D

4 comments:

atiey said...

setuju sangat. malas nak kejar. lantak je, baik kejar duit. huh

fina. said...

oooooooo, rupa adalah segalanye yaaa.

desperate ruumate said...

terbaikk. haha!

shakinah said...

heh.