teluk chempedak sudah.

malam itu memang gua tak boleh tidur. eksaited macam anjing nak travel. gua sempat pancing parent gua nak duit. bukan apa, duit gua sendiri ada. cuma ada membe gua pinjam hari tu tak dapat bayar, so bajet gua potong sikit. daddu gua bagi 50enggget. cukup bua gua rasa bersyukur hidup atas bumi ini. travel pakai duit sendiri memang lain perasaannya. puas peluh bekerja dihabiskan di sini, ahh sungguh nikmat. sama macam kalau keluar motor kereta atas nama sendiri. baru boleh berlagak. ini tidak, setakat drive myvi mak bapak punya duit nak angkat muka dengan gua tak payah lah. gua lagi respek budak angkat vs125 dengan nama sendiri.

apa-apa pun. pagi itu gua kemas. gua terjah jalan pekeliling. gua plan nak naik bus dari sini. sampai2 gua ngan zakwan angkut tiket pergi kuantan pukul 11.30. nak jadi cerita masa tu baru pukul 11.00. jadi, kami gerak minum milo ais sebentar. 11.33 kami gerak balik, bas dah tak ada. macam pundek. kene tinggal bas. gua cuba talk dengan brader kaunter, tapi itulah. kalau dah melayu, memang melayu. tapi, gua ingat jugak lah time tu gua pun melayu. lambat 3 saat. gua tetap lambat sebenarnya.

gua diam. tak larat nak fikir. gua tak nak bazir beli tiket baru. duit dah cukup2 je. kang kene jual badan pulak, gua tak mahu.

pukul 12.30 bas baru sampai. gua talk ngan driver dia. ahh, brader kelantan pulak. dia cakap dia tak tahu apa2. dia suruh gua tanya brader kaunter. padahal td, brader kaunter surh gua tanya brader driver. ahh, gua dah bau niat2 jahat kecil akan berlaku! last2 dia kata kalau 2 orang tak boleh. seorang boleh la. terpakasa lah kami tontong lagi sati tiket. kira untuk sampai kuantan ni. 3 tiket kami beli. yang pergi dua orang je.

jujur kalau gua bawak kadir ke, jen ke ni. memang lepas naik free ni. nasib baik lidah gua memang tak lepas cakap kelantan. aduh, kelantan2.

dalam bas gua tidur je. yelah, lepas geram kat driver tu. gua bengang, sebab masa sebelum kita orang bertolak pun ada 2 indon ni. dia suruh naik je. indon tu mintak tiket, dia cakap tak sempat sebab sistem dah offline. padahal 44 ringgit tu masuk poket kemeja dia bro. gua siap nampak dia hulur 10 dekat budak yang tolong jaga kaunter tu. siot tak melayu? sungguh gua membesar melihat benda2 ini, macam mana lah gua nak bekerja nanti.

dah lah. gua nak tidur!

bangun2 gua sampai kuantan. ahh, matahari kuantan sentuh manja kulit gua seperti mengalukan kedatangan budak yang tidak seberapa hebat ini ke tanahnya. gua jalan nak cari air. uish, bapok bersepah kau kuantan. gua boleh kenal muka ibu2 ayam ni. gaya diorang sama je. tengah2 hari pun dorang buat job kau. haha. biarlah, gua geli.

kami angkut teksi, gegar teluk chempedak. tak banyak yang kami bualkan dengan pemandu teksi. sekadar korek cerita sepam dua.

sampai, kami cari hotel untuk bermalam. gua target paling murah. dapatlah guest house sebijik. internet pun ada, sebab tu gua boleh tulis bagi kau orang baca. thank to anjung selesa guest house!

katil! ahahaha. landing time!

jap, sebelum tu gua gerak mcd dia. jalan kaki je. sebagai peminat setia mcd, banyak2 mcd gua jelajah, mcd teluk chempedak ialah syurga! dengan suasana tepi pantai, ahh, nikmat. selesai jalan2 di tepi pantai, tak ada langsung awek2 yang berpotensi untuk dipancing, maka kami gerak bilik dan berehat.

esok, hari yang baru! jumpa kawan2. mia nak datang. dia stay hotel 5 bintang. haha, kang gua bukak khemah depan bilik dia je. kak eyra pulak, busy. tak boleh nak jumpa. shon entah lah, apa ada kat lipis tu. asyik2 tak confirm boleh datang. galah hari ini sampai kuantan. nisha, tak tau lagi. abang dia nak pakai kereta. tak apa, takdahal. kalau seorang pun gua jalan. kita kalau kawan ramai2, senangkan kawan kita, jangan susahkan mereka! =D

3 comments:

Bastart said...

aku bangga ang bangga dengan aku lol

alang-alang lajak pi aa sampai kelantan. baru boleh 'jadi islam' lol

amaL said...

hahaha. kesian lu kena tinggal bus. lain kali gerak awal sikit ha. hahahah

abdullahkadir said...

haha, ko jgn kuar' besa tahik pado jubo' kat driver tu pulak.. haha..

nyway kat tc, ko bole tgk mamat2 rempit romen awek dalam air. ko ngadap laut. jalan belah kanan, hujung2 kat teluk sana mmg rmai berasmaradana dalam air masin. kecut pepe* baru tahu.