ahh, tak pernah mudah jadi manusia!

gelap,
lalu hujan turun.
biar kilat menengking.

basah sekian lantai.
lalu gadis itu tergelincir.
malunya pada manusia
bukan kepalang.

tapi tidak pula.
malu dengan tatu di bahunya.

terang,
matahari kembali.
kembali pada kakinya.

kering sekian tanah.
lalu budak kecil itu mati.
haus tekaknya tiada basah.
derita sungguh derita.

tapi tidak pula,
ada manusia melihat.

peganglah hidupnya.
selagi punya masa.

bukan berlagak budak masjid.
cuma, pernah merasa.
lalu gua sampaikan.
pada lorong-lorong bandar
yang gua anggap teman.

p/s- tiada ulasan.

2 comments:

LeYnA said...

maksud dalam =)

hilman.teddy said...

haha. dalam mana tuh.