bodoh

sukar berada disamping orang yang selalu mendengki. orang yang tak mampu lihat kau berjaya. orang yang tak ingin kau lebih hebat dari dia. orang yang memang suka kau nampak bodoh di mata orang lain dan dia nampak gah dan mahsyur seorang diri. sukar, sungguh sukar. tak dapat aku nak terangkan dengan kata2. rasanya seperti sebutir peluru singgah di limpa. sakit nya, kau seorang saja yang rasa. lain melihat tanpa mampu membuat apa2.

sukar berada berhampiran dengan mulut yang selalu berkata songsang tentang diri kau pada orang lain. sehingga kau menjadi mangsa dijurangkan dalam persahabatan yang sepatutnya menjadi suatu perkara yang indah. sukar, sungguh sukar. pada telinga yang selalu mendengar tentang aku, atas hati kau orang untuk menilai. cuma satu nasihat kecil, mari kenal diri aku dahulu baru ambil keputusan mahu lebih dekat atau berjauhan. sungguh aku tak kisah jika tak mahu bertukar pandangan. cuma aku tak mahu pandangan serong dari kau orang disebabkan cerita2 belakang yang orang lain khabarkan.

salam bangsat buat teman yang gua anggap bangsat suka canang cerita gila. suka lihat aku derita. suka sahaja aku dibawah engkau. dan engkau lah jesus. perancang segala. engkau lah yang paling hebat di mata dunia. bodoh.

2 comments:

Amal said...

rilek. dunia ni berpusing. chill ok? ;p

fndrocka said...

biar sorang, asal bahagia