duit. duit.


hari ini gua cabar diri gua berjimat untuk masa depan. semalam gua buat list apa yang gua nak. kemudia gua potongkan satu2 mana yang gua rasa memang tak perlu. macam bapak gua, dia tak banyak belanja. apa yang uga perasan segalah hasi titik peluh dia simpan dan gua suspek lepas dia bersara dia akan enjoy tahap dewa punya. menjadikan dia sebagai inspirasi, gua tilik nasib gua agak2 pun macam dia.
biar gua bagi contoh kat lu orang. sebelum tu, buat sesiapa yang tak pernah merasa situasi beg duit mereka pernah tinggal 20sen ataupun kosong gua suggest lu orang tak payah habiskan baca benda ni. gua target lu orang hidup senang dengan rezeki murah ibu bapa lu orang. mintak apa2 pun konfem dapat. gua agak2 benda ni tak penting pun untuk lu orang, tapi agak2 kalau lu orang nak rasa hidup susah macam mana, teruskan je lah membaca ek.
ramai manusia tidak sedar mereka sebenarnya sedang menipu diri sendiri. jangan nak tipu gua lah. gua kenal lu orang sangat. lu orang bukannya kambing ke lembu ke. lu orang pun manusia macam gua. inilah situasi nya, kita tak pernah sedar kita sedang menipu diri sendiri. kadang2 kita rasa kewangan kita masih cukup untuk berdiri hari esok. kadang2 kita rasa mak bapak kita masih ada untuk tolong kita kalau kesusahan. kadangkala kita rasa duit simpanan dalam bank dah cukup hingga waktu kita bersara. tapi..
ok, gua mula dengan rumah. keperluan bukan? tapi kadangkala ada situasi yang menjadikan rumah sebagai kemahuan. macam gua cakap tadi, sesiapa yang rasa diri mereka sangatlah kaya, mereka tak perlu teruskan bacaan ini. tapi, gua tak cakap pun artikel ini untuk golongan miskin ataupun sederhana ya. artikel ini buat mereka yang mahu berjimat. kembali pada subjek, semua selalu impikan untuk berkeluarga dan memiliki rumah idaman yang besar dan selesa. tapi, buat apa cari rumah2 besar tetapi semua duit gaji anda dihabiskan buat pembayaran rumah dan tinggal secebis untuk perbelanjaan? ramai kawan gua yang terlalu mengejar nama dan kemewahan. mereka selalu fikir ada rumah bujang mereka dalam golongan yang berjaya, mereka dapat lari dari keluarga. gua setuju, tapi kalau rm300 yang lu orang bayar sewa tu. baik kumpul setahun dah dapat rm3600. tak termasuk makan minum ye kawan2. duduk rumah mak bapak, makan minum free jeh.
ramai manusia selalu berfikir mereka ada duit sekadar untuk hidup cukup2 sahaja dimuka bumi ini. tanpa sedar, kadangkala kita perlu ada simpanan yang akan digunakan di waktu kecemasan. siapa tahu rumah anda akan dipecah masuh? siapa tahu bila peti ais anda rosak? siapa tahu kereta anda akan dilangar bus rapid kl esok? siapa tahu??
kemudian kereta. ahh, tipulah kalau gua tak nak drive subaru. paling2 busuk nak gak gua sental evo 4 ke evo 5 ke. paling cikai pun bmw m3 2doors 2nd hand. tapi, itulah. ramai tak sedar mereka sedang menipu diri masing2. bawak kereta mahal2, awek pandang. yang awek pulak bawak kereta comel2, laki kenyit mata. tapi atas dasar realitinya, tanya diri sendiri adakah saya memerlukan sebiji kereta? atau saya hanya perlukan sebiji motor? tepuk dada tanya selera. beli kereta, sebulan busuk2 rm500 hilang bro. minyak pulak rm200. kalau lu tak pakai kereta rm 700 bro sebulan lu boleh simpan. masuk umur 55 nanti, lu orang kaya tua!
orang melayu selalu cakap, susah2 dulu hari ini, senang2 kemudian. tapi gua rasa orang cina je yang ikut. haha. gua pun sama je.
belanja harian pulak. rokok. alamak, pening kepala tahu kalau dengar perkataan rokok ini. ini semua atas dasar diri masing2. tak tipu gua cakap, kalau dapat berhenti merokok, duit yang kau orang habiskan tu, kalau simpan memang boleh kaya. tapi janganlah lu tak beli rokok pastu datang kat gua pau sampai setengah kotak. memang nak kena sekeh la tuh. lepas tuh, barang persendirian seperti seluar, baju, rantai, sepek hitam, subang, kaler kuku, kaler rambut, rawatan spa ikan dan sebagainya. gua malas nak ulas lanjut. gua rasa gua boleh je hidup kalau tak pakai iphone. gua dah jimat 2k kat situ. gua rasa gua boleh je hidup kalau tak sarung kasut supra. gua dah save rm300 disitu. gua rasa gua bernafas je lagi kalau gua tak pakai jam tangan swatch. gua dah save rm200 disitu. gua rasa gua masih boleh mengurat awek kalau tak sarung seluar premium guess. gua dah save rm800 disitu. gua rasa gua ngam ngam soi je kalau tak pakai rantai uptown. gua save rm 10 disitu. dan gua rasa gua maintain cute je kalau tak kaler rambut, gua save rm30 disitu.
jadi untuk lu orang, kalau rasa boleh, join gua ok. rasa tak boleh, itu lu orang punya pasal lah. gua dah bagi jalan, kaki lu orang jugak yang melangkah. kalau lu orang rasa nak kaler kuku tu penting , silalah habiskan duit disitu. =p
apa2 pun sebagai seorang remaja, gua ingat nak buat kempen jimat cermat dengan hanya melayan bundle. ramai anak2 orang kaya bila dengar perkataan bundle je menggeliat macam cacing kene geletek. tapi sekarang bundle ada macam2 jenis, dari 5 bintang ke 4 bintang hinggalah ke setengah bintang. gua seru budak2 usha bundle dari lu orang berlagak kaya masuk topman la, guess la, padini lah. keluar pavi jeh, duit tinggal 3ringgit buat tambang lrt balik rumah.tak cun la bro! akhir kata, kita generasi bundle!

7 comments:

Amal said...

kita generasi bundle. ok gua setuju yang tu. hahaha. gua pun skrg tgh nak berjimat ni memandangkan gua dah tak dapat belas kasihan ptptn. hahaha

Siti `Aisyah Mahmood said...

wlpn bndle tp brg2 dia suma best! ;)
duet bleh jimat.

Ini ialah Yaya Ismail said...

bundle....best dok.
wa salu tibai converse dahulu kala.
kadang-kadang dapat limited edition.
seronok.

wak sokong lu.
budak-budak sekarang memang kaye.
pakai iphone.
shopping topman.
makan chilis.
tak pandang KFC.
tapi balik naik lrt.
kereta-hasil-titik-peluh tak ade lagi.
itupun duit parents.
pendek kate,
orang-yang-tak-perlu-bace-entry-lu-sampai-habis.
wa tak suke tu.

jom kempen jimat cermat !

Anonymous said...

gua peminat setia uptown shah alam s/24

dan ya kita generasi bundle bukan generasi hebat yg budak akim aril dok minum tu :)

Unknown said...

haha. aku berpendapat : habiskan duit parents sebelum diorang habiskan duit kita nanti. LOL.

lawak jer. chun chun. berjimat cermat itu amalan mulia. :)

Abu Ubaidah said...

generasi bundle? haha kool.
aku duk area setapak, mana bundle best ea?

sori aku budak KL baru, bukan anak jati KL.

darat sket. LOL

anitasia said...

haha..cam mmber ak kta dier xleh pkai bundle bdan gatal2...(bdn ak ni yg sensetip hidup je lagi pkai bundle..xd pon gatal2..)
tp ap ad hal diorg kaye ptptn..stakat nk buang duit kt mid ke pavi ke celah gigi je..
ak yg xdpt ptptn nie duk diam2 je la..
'semestinga kta generasi bundle'