Incik Mimar Sinan.

hari ni gua masuk kelas baru. nama kelas dia QSBE. ataupun nama panjang beliau, encik Quran Sunah and Built Environment. objektif kelas lebih kepada mengaitkan isi kandungan Quran dan Sunah dengan senireka dan seni bina. kata uia. lu orang jangan jeles. siapa suruh masuk um. taylors lah. HAHA. racist habis gua ni. sejak2 kawan dengan tabligh2 ni, semangat uia gua tinggi jugak.

lalu hari ini ecik lecturer gua ada tanya setuden2 beliau ada kenal sama encik mimar sinan tak?

satu kelas senyap tanpa sedikit suara pun.

gua pun senyap jugak. gua pun tak kenal siapa.

"ouh, if i ask u guys who is messi. then for sure you will know" kata dia.

lalu dia ceritakan pada kami siapa encik mimar sinan itu. tanpa segan silu dia menganjing kami kerana tidak mengenali seseorang yang hebat dalam senibina islam satu ketika dulu. padahal kami berada dalam dunia seni bina hari ini.

gua malas nak cerita siapa beliau. lu orang cari sendiri. tapi lecturer gua ada ungkit pasal arkitek2 yang baru buat 2-3public building, beberapa shopping mall seperti KB mall, beberapa pencakar langit, serta ratusan rumah2 kediaman kecil dan besar. tapi beliau itu, selesai membina selama dia hidup..

94 masjid besar(camii),
57 universitas,
52 masjid kecil (mescit),
48 rumah mandi (hamam).
35 istana (saray),
22 mausoleums (türbe),
20 caravanserai (hotel),
17 dapur publik (imaret),
8 jambatan,
8 gudang
7 madrasah (medrese),
6 aqueducts (saliran air)
3 hospital (darüşşifa)

cukup lah nak berlagak orang hebat disitu. tak termasuk kalau dia buat tandas2 kecil, pondok ofis dan sebagainya. kalau lu orang tanya lagi gua mana hebat nya mamat ni, memang gua tarik telinga sorang2. betapa angkuhnya senibina islam pada zaman dulu. tapi hari ini, ramai hanya melihat eric r khune. zaha hadid dan sebagainya. sama je lah dengan yang cakap ni. haha

4 comments:

Amal said...

pfft! gila banyak!

eh tapi gua suka la subjek lu. ada kait2 dengan Quran.

Sloeko loe said...

baca. kagum. =)

.nana. said...

waaaaa. encik sinan mmg hebat kn? msjid jee dh 146 (msjid bsr + msjid kecik) tgk laaa design dlm msjid tuu. lawa kut. hee, bangga! banggaaa!

dinie said...

ai der... um jgn sebot... hahaha