saloma ouh saloma.

apa beza tinggi darjat
seseorang manusia itupun.
tiap-tiapnya akan merasa.
merasa kuatnya kuasa.
kuasa cinta.

tiapnya ada kisah.
hari - hari ada kisahnya.
bukan bermegah.
cuma terasa hari ini
seperti harinya kisah gua
diterbitkan.

hari isnin,
hari pertama gua kenal apa makna itu cinta.
mereke bilang cinta pertama sukar dilupakan.
mereka tak menipu.
kerana hingga hari ini pun hati gua
ada untuknya biar secebis.
berkaca mata, sepertinya dia tidak melihat gua.
gua gelap dalam pandangannya.
lalu untuk dia, memilih rakan gua sendiri.
yang lebih kacak tampan sasa.
gua biarkan.

hari selasa.
gua ingat lagi, baru selesai pmr.
kali ini rakan sekelas gua.
gua punya segan dengan dia lain macam.
kata monyet, itu cinta.
gua pasang umpan, kena!
kurus dia, selekeh gua.
bagai langit dan bumi.
tapi, tiba - tiba.
ada angin khabarkan lalu pada telinga.
oi, bini kau kapel dengan budak lain.
budak lain, kawan gua jugak.
alamak, buat hal.
gua biarkan.

hari rabu.
gua belayar atas kapal.
sengaja ingin merasa udara bergaram.
kemudian tuhan jumpakan gua dengan seorangnya.
yang sungguh buat gua mabuk laut.
rambut macam mak gua - itu yang mahal.
mata dia, innershine habis.
gua bagi epal.
bahagianya setahun.
kemudian mudah dia lepaskan gua
dari kapal.
katanya spm.
gua biarkan.

hari khamis.
datang pula seekor kucing.
comel dia, buat gua nak gentel je.
mahal weh kucing ini.
lari sebulan gua nak kejar dia.
tercungap.
dah dapat, gua belai gua mandikan.
dia susukan.
tapi itulah, kucing ini hanya mahu penjaganya
ketika sekolah.
habis sekolah, semua kisah
dia ingin lupakan.
gua biarkan.

hari jumaat.
pun ada amoi cina.
tinggalnya dia ditinggalkan terkapai.
gua sambut dia.
senyum dia, buat gua gila.
terasa lama gua bersama.
kemudian, hero lama dia datang kembali.
menuai kenangan lama.
berlalulah ia dengan pelbagai asalan.
gua tanpa penyesalan,
gua biarkan.

malang kan gua.

hari sabtu.
separuh hari bekerja.
terlalu awal kami terjumpa.
matahari pun belum terbit.
mungkin gua terlalu kosong,
gua terus menerimanya.
tapi,
kata orang kalau dah kasut dikaki
bukan dikepala.
gua lepaskan.
kini bahagia dia bersama orang lain.
gua tumpang gembira.
gua biarkan.

hari ahad.
gua bersujud kerana terlalu percaya
hari ini yang akan mengubah rumah gua.
ubah udara gua, ubat sakit gua.
katanya, sudah lama dia tegur.
gua yang sombong.
usianya jauh dari gua buat gua
percaya hidup mati gua dia jaga.
tapi itulah.
sayang setengah jalan.
dia pun terpaksa berlalu.
biar usia dia melangkau jauh pun.
jodohnya emak sendiri tentukan.
kesian.
gua biarkan.

ahh. cukup seminggu kisah gua.
penat betul.
macam gua belajar dan diajar serta mengajar.
sekarang biarlah minggu baru menentukan.
entah kisah apa pula isnin minggu depan.

manalah saloma ni.. haha

2 comments:

Amal said...

cara lu cerita, menarik.

takpe lah. one day lu jumpa jugak insang hati lu.

hilman.fikry said...

haha. alah, cara lu cerita lg menarik kot. =D