cerita ramadhan - disebuah IPTA pula 200*

lagi kisah ramadhan. kali ni gua nak share tips2 puasa separuh hari pulak. artikel ini bukan gua tulis. gua jumpa kat google. mungkin ditulis oleh saudara zamri. percayalah, gua tak tipu. dia yang tulis. ini kehidupan dia kot di universiti. HAHA. antara taktik2nya ialah.

kalau dah haus gila babi.

1. lu orang angkat baldi. buat2 nak pergi basuh baju. pastikan ada sebiji botol kosong didalam baldi tersorok dibawah himpunan baju2 kotor anda. singgah dimana2 punca air seperti watercooler. kemudian usha line kiri kana macam lu orang tengok iklan goverment ajar kita lintas jalan. isi air sampai penuh! balik bilik kunci pintu dan nikmatinya.

tahap kesalamatan - 3/5

2. lu orang cari watercolour, cat pelaka ataupun mana2 medium yang boleh mencomotkan muka atau tangan kau orang. kemudian calit sedikit di jari2, pipi ataupun mana2 tempat yang mampu dilihat umum. pegang sebatang berus di sebelah tangan kiri. ditangan kanan pula sebuah botol mineral kosong. cari punca air seperti watercooler dan isikan air ke dalam botol dengan muka penuh riak dan bangga tanpa sebarang rasa serba salah.

tahap kesalamatan - 4/5

3.kalau lu orang sahur macam orang lain. pada waktu sahur sepatutnya kau orang sudah sediakan bekalan minuman untuk tengahari kelak. letakkan di tempat yang selamat dan suhu persekitaran yang bersesuaian. pelajar yang sentiasa bersedia untuk cubaan adalah pelajar yang sentiasa berada didepan.

tahap keselamtan - 2/5

4. pilihan terakhir. masa kau orang mandi, buka shower nganga mulut luas2 dan nikmati kesegaran yang nyata! pastikan pintu bilik air anda dikunci dan tidak lah dibuat dari bahan2 transperen. juga, pastikan anda tidak sendawa dengan kuat.

peringatan lain.

kalau dah lapar sangat. makanan2 ringan amatlah sesuai dijadikan santapan. berikutan kesukaran mendapatkan juadah besar, jadi biskut2, gula2 dan sebagainya bolehlah dijadikan alas perut terlebih dahulu.

1. ada golongan yang kaw team dengan orang lain minta belikan makanan diluar. contohnya, menyuruh teman perempuan sekelas tolong singgah drive-thru McD dan order dabelcisburger tak nak tomato set besar dan kemudian sental dalam kereta. cara ini tidaklah stylo kerana ia melibatkan pihak2 lain. ini kerana, pelajar2 stylo buat jahat tanpa mengganggu buku dosa pahala orang2 sekelilingnya.

2. mee segera boleh membantu anda dalam keadaan genting sebegini. namun, jikalau ianya mee sedap perisa asli ataupun mee sedap sambal saya minta anda befikir dengan sebaik2nya. kajian membuktikan, bau mee sedap ini terlalu kuat sehinggakan dijangka mampu sampai ke kampung halamannya sendiri di Jakarta. jadi, pilihan tempat yang strategik sangatlah diperlukan.

3. sila pastikan juga stok2 makanan ringan dalam loker sentiasa dipenuhkan. jika ia nya bukan untuk anda pun, mungkin ia untuk kawan2 anda yang berperangai seperti saudara zamri ini. kata nenek moyang, hati gajah sama dilpah, hati kuman sama dicecah.

4. pilihan terakhir, makan apa sahaja tanpa rasa segan dan silu ditemani dengan 1001 keberanian dalam diri.

mudah kan? jadi selamat mencuba!

pesanan penaja - artikel hanyalah bahan gurauan semata2. moga ia menggembirakan anda di saat anda menunggu waktu berbuka ini. buang yang keruh ambil yang jernih. penulis langsung tiada kena mengena dengan kehidupan diatas. ulang suara, tiada kena mengena. akhir kata, mereka tak nampak apa anda buat, tapi yang Maha Melihat memang sentiasa nampak. salam ramadhan! =D

3 comments:

+qasih nadira+ said...

nice tips!hehe~kalo kantoi busuk,mmg popular la anda dalam kalangan kawan2~hehe~

hilman.fikry said...

hahaha. pernah kantoi ke?

fakhrurrazi said...

lg 1 :
dlm loker kosong, tp dlm beg laptop sumejenis biskut ade..
siap ade nescafe 3 in 1 lg..
pstu kat area2 kcik dlm beg laptop tu ade kurma sbijik due...