cerita ramadhan - mrsm balik pulau 2007

matahari tegak2 sombong memayungi kawasan balik pulau ini. pukul 2 gamaknya, semua orang pun baru habis kelas. perjalanan ke asrama memang akan melalui dewan makan yang biasanya hiruk pikuk dengan suara2 rakyat mrsm balik pulau. dengan warden yang sedang kecoh2 pelajar rambut panjang. yang senior jerit2 suruh junior ambik air. yang menjerit2 dalam barisan sebab ada orang lain memotong dan macam2 lagi.

tapi hari ini senyap segalanya. cuma kelihatan beberapa pelajar perempuan yang tidak berpuasa dalam barisan ambil makanan. jangan tanya gua kenapa mereka tak puasa. gua pun malas nak tanya. tapi, agak2 ada budak lelaki beratur pun nak kena pukul lah macam itu. tapi, memang ada pun. gua nampak ada 3 budak lelaki sedang beratur ambik makanan jugak. ni nak kena setel ni. nak kena buat rokol malam jap lagi ni setel budak2 ni. tapi, gua skodeng elok2 balik. kulit hitam semacam je. laa, rupa2nya sarsi, vishnu dan kawannya sataya.

aish, bikin jeles jeh.

tak apa, naik asrama semua dah terlentang. penat sangat ke puasa ni. tak apalah, gua dapatkan katil gua dulu. bukak baju, bukak seluar, landing. mak ai, prep pulak pukul 3 jap lagi. malas kuda badak air je gua nak pergi. sedang gua asyik layan angin tiba2 gua bau sesuatu yang memang menekan perut gua. ini bau mee sedap lu orang tahu! yang merah punya! yang sambal tu, bukan original. kurang ajar, ada orang buat projek ini. gua suspek budak gemok depan katil gua. 

gua cari2 lah bau. gua dah bersedia nak jadi hero hari itu. agak2 kalau gua repot ketua warden ini, mesti gua dapat naik pangkat jadi pengawas terus. yela, gua pun dah bosan kena cop jadi budak bermasalah ini. gua pergi blok belakang. clear jeh. gua searching dalam tandas pulak. satu2 pintu gua tendang. pun tak ada orang. aish, kat mana lagi setan ni menyorok. 

gua dah tak tahan dah ni. panas betul gua dengan manusia macam ini. kejap lagi lu orang tahu apa jadi? gua bau lagi satu benda yang memang boleh buat gadoh. boleh pulak diorang hisap rokok tengah2 hari ini. bau winston naik kepala je masuk hidung.. gua dah mula menyumpah2 dalam hati. gua rasa pahala puasa gua hari itu dah tinggal separuh. dah lah gua hampir give up tak jumpa port setan2 ni. tak apa, gua teruskan usaha. gua dah terbayang2 nama gua disebut kat perhimpunan.

last2, gua teringat port bilik kite orang kalau buat jahat. bilik lau! bilik kat depan sekali! gua terus lari, gua terjah. memang sah. budak gemok, budak hitam, budak kecik, dan ada lah 2-3 budak lagi tengah cantik je telan mee sedap. siap ada susu sejuk lagi cicah dengan biskut marie. pastu ada 3 orang tengah hisap rokok.
gua masuk memang gaya nak tendang je sekor2. tak hormat bulan yang mulia langsung!

tiba2, perut dan hati gua berkata lain. aish lapar la pulak.lagipun kesian pulak gua tengok diorang ni. lapar semacam je. tak sampai hati gua nak marah herdik2. nak repot warden pun lemah jeh. ceehhh, padahal gua pun sama! haha.

"kau orang kurang ajar kan, puasa separuh hari tak ajak pun. meh sikit." tanya gua.

budak gemuk pun berkata - "sila2, ramai2 masuk neraka".

haish, rindu je berpuasa time sekolah. time nakal2 lagi. biasalah la tu. sekarang lain lah dah besar. ramadhan tahun ini tak adalah macam dulu. ok jeh. setakat ini pun berjalan dengan lancar. gua harap lu orang semua pun begitu. budak gemuk tu gua tak konpem. nanti gua roger2 dia. gua rasa dia pun dah lancar sekarang. haha. cuma, bezanya ramadhan ini gua merindui seseorang itu sangat2.

4 comments:

Para Jamaludin said...

kau mrsm balik pulau? aku nak cari long lost friendlah. nama dia nurul amira. skrg 22thn.

orang panggil dia megi. aish! kalau tatau xpe

hilman.fikry said...

aisshh, awak igt saya kaunter lost and faun ke? haha.

xdelah, bukan batch saya tuh. tapi kalau nak tolong carikan boleh je KOT. haha

Unknown said...

shit! rindu siot mrsm bp!

hilman.fikry said...

jak- haha, tahu tak pe!