puntung rokok tanda amaran

gua tak pernah makan kat kedai melayu petik abu rokok dalam pinggan mereka. tak pernah pun. tak pernah campak sayur dia merata-rata atas meja (kecuali masa kat dewan makan sekolah gua dulu selalu lah). tapi, kalau dah servis macam holisyit, memang menyirap jugak. bukan nak menjatuhkan orang melayu, tapi memang tak ada etika dalam bekerja. order, satu jam tak sampai lagi. match bola liga fam pun sampai habis mata gua dipaksa sental. 5 kali gua tanya, semua jawab bersahaja.

kali pertama - "akak, order tadi lambat lagi ke?"tanya gua paling sopan kerana tahu didikan ibu dan bapa gua yang mahu anak dia ini jadi anak yang soleh.

begitulah sopan gua untuk pertanyaan kali ke dua dan ketiga. hingga untuk kali ke empat encik syaitan mula bisik kata-kata nakal kat telinga.

kali ke lima gua gegar dapur. yang gua bengang, dia kata tengah buat. kalau tak buat lagi cakaplah tak buat lagi. tak payah lah menipu golongan yang tengah lapar! memang boleh bikin behrang. nasib baik tauke pun laki tua. sejuk sikit hati gua nak tengking2 ke apa. jangan buat lawak dengan orang lapar la!

dah tu, ada suratkhabar pulak dalam lauk. sabar je lah. moga, gua dalam golongan anak soleh. cuma, gua tinggalkan puntung dan abu rokok dalam pinggan supaya lu faham apa rasa gua makan kat kedai lu. macam singa tinggal air kencing kat kawasan beliau tanda amaran pada mahkluk lain jangan cuba bikin panas.

p/s-kita kalau rasa dah buat salah. ringan2kan lah mulut sikit mintak maaf. buang ego tu sikit. apa ada sangat pada pangkat harta nama dan jantina. ini tidak, diam sebatu. kalau dah singgah pelempang, memang makan free gua hari ni.

1 comment:

toque said...

fakhrurrazi say nice...
xajak..