without you

maka hilang lah satu tempat bermanja. tiada rasa dapat menggambarkan hilangnya kuasa itu. hilang semua, hilang semua rasa. bapa selalu kata, jangan main dengan kuasa cinta. apa bisa aku turut kata2 itu. kerana hati ini terlalu menghargai kejadian tempat bermanja. maka, kali ini lagi sekali menunduklah aku dengan kebenaran kata2 bapaku. tapi, cinta itu selalu yang menolak aku tinggi mendaki bukit2 hingga sedetik pun aku tak pernah melihat kembali ke bawah. hingga satu ketika aku berdiri di puncaknya, rupanya depan belakang kiri kanan aku adalah gaung. gaung yang getirnya tidak terkira. bawa aku hujan, aku berteduh dengan tangan. bawa aku petir, aku sambut dengan berani. bawa aku angin yang liar, aku sambar dengan mawar. tapi, itukan gaung. jatuhnya, pasti jatuh jua. jauh, jauh ke bawah. mati hidup, aku sendiri yang tahu, tunggu sahaja siapa datang menyambut.

p/s-mereka selalu hilang kawan/kawan baik kerana cinta. mereka itu jua aku. antara yang ramai menyembah gaung.

1 comment:

Anonymous said...

menangis air mate darah bace en3 nih.. ~ uuuuu.. T_T