ini dalam tangan mu.

memang, selalu aku jadi tempat persinggahan. dari dulu lagi. mungkin mereka selesa dengan aku. dapat gelak ketawa. terus melupakan segala luka-luka. dan nama pun tempat persinggahan. datangnya ada perginya. pergi bila satu masa satu kenangan lama mereka bersama yang mereka terluka kembali menjelma dan menimbulkan rasa sayang kembali.

dan ketika ini, tuhan saja yang tahu apa aku rasa. kalau betul sayang aku, beritahu. aku janji aku sentuh hati itu baik-baik. jangan pernah jadikan aku benda selain dari seorang lelaki normal yang mahu hidupnya normal. tak mudah menyentuh hati orang. ia memerlukan keberanian yang tinggi. dan jika tak mahu aku sentuh, beritahu aku awal-awal. jangan biar masa menentukan. masa bukan tuhan aku.

selalu aku fikir fasal orang, bila orang nak fikir fasal aku. gunakan aku sebaik-baiknya. jangan pernah salah anggap apa yang aku tulis ini. sikit tidak mahu membaham kamu. percayalah, aku tulis dengan penuh kasih sayang.

9 comments:

Amal said...

aku baca pun dengan penuh kasih sayang. sebab aku pernah alami.ah selalu alami rasanya.

hilman.fikry said...

terima kasihh amal. besabarlah ek. =D

eymazaqeeya said...

kan teddy..
kalau sayang cakap sayang
kalau benci cakap benci
kalau x suka jangan terbayang
kalau rindu simpan je dalam hati...
:(

Anonymous said...

mungkin kamu yang terlalu menaruh harapan pada 1 bnda yang tak pasti. mungkin perlu belajar perbezaan antara proses mengenali dan menyukai dan mencintai. jangan terburu-buru mengikat hati. kamu masih muda, masih banyak perlu belajar tentang hidup.

n!da said...

teddy, aku pn salu gak mengharap.
sudah2 la tu mengharap pada yg xhendak.

penat tau.

hilman.fikry said...

puan anon, mungkin betul apa puan anon cakap. saya setuju. tapi saya bukan terburu-buru. cuma saya tahu dia yang terbaik untuk saya. dan saya memang jenis mahu yang terbaik dalam hidup saya.

tak kan nak bagi orang lain pulak. =D

Anonymous said...

Hanya Allah swt saja yg tau apa dan siapa yg trbaik utk kita. Jd…jln yg trbaik adalah brdoa dan bristikharah bila telah sampai masa utk membuat pilihan. Org yg trbaik pd pandangan kita tak semestikan baik & sesuai bg kita.

Anish said...

kadang2 kita lupa dgn apa yg kita miliki sehinggalah kita kehilangannya. percaya dengan apa yang kita mahu dan percaya pada hati kita, hati kita xkn penah menipu kita.

hilman.fikry said...

terima kasih puan anon. anda sangat2 membantu. =D