jilat.

apoi : kau nak tahu kenapa aku ada bakat?

gua : asal?

apoi : sebab tiap-tiap hari aku belajar.

damn, ayat masuk dalam tak keluar punya. betul apa apoi cakap. macam mana dia ada bakat bukan setakat menerima anugerah ilahi. tetapi atas usaha dia sendiri belajar dan kenal dunia untuk baiki dirinya. seni itu terlalu subjektif. bukan semua orang suka warna hitam. tak semua orang suka warna jingga. macam gua, gua suka hijau merah kuning. lawa. jadi, carilah jalan penyelesaian sendiri supaya orang lain pun suka dengan warna yang kau orang suka.

bagi gua, belajar bukan setakat dari nota. ataupun pensyarah kau orang sahaja. bukak wiki. baca blog. dengar lagu. tengok orang. tenung bumi. kerana dari situ juga kita dapat mempelajari sesuatu. belajar ni kena ada pembawakan yang betul. gua tak kisah la pasal orang lain. gua tak kisah  jugak cara orang lain macam mana. bagi gua, yang penting belajar bukan setakat dari buku dan pensyarah. kemudian, kalau belajar setakat nak markah tinggi-tinggi, lu orang tak payah hidup lagi bagus. belajar bukan sebab kita nak jadi top student. tapi sebab kita nak jadi top student, kita kena belajar. nak belajar kena pandai hidup. nak jilat bontot lecturer pun jangan lah depan orang ramai. nyampah nyah tengok.

yang penting, dalam belajar ni. kena matang dari orang lain dan tidak terlalu manjakan diri. kelak akan makan diri sendiri. apa-apa pun ini cara belajar dari orang yang tak pernah masuk senarai dekan. tapi percaya suatu hari nanti dia orang yang berguna daripada orang-orang senarai dekan. nampak tak keyakinan dia? haha.

1 comment:

Anonymous said...

apoi?? zaid kah??