10 tahun akan datang - hari ahad, biasalah duduk rumah. baca suratkhabar di beranda rumah gua sambil menikmati angin-angin pagi yang bertiup. keadaan alam sekitar semakin pulih. terima kasih pada teknologi kerana terus memberi kehidupan.
eh, habis pulak bateri ipad ni. baru nak baca suratkhabar. tengok, baca suratkhabar pun pakai ipad. tak payah tebang pokok lagi nak buat suratkhabar. biar je lah pokok tu hidup kat hutan. sibuk tebang buat suratkhabar buat ape ya tak?
datang bini gua bawak kopi naga. memang feveret gua kopi naga ni minum pagi-pagi. tenaga dia bagi lain macam. gua, walaupun dah berpijak zaman teknologi ini, masih gua percaya pada kekuatan herba-herba dan petua-petua yang nenek moyang gua bagi dulu. kata orang, itu jugak lah yang paling ngam.
"terima kasih yang buat kopi naga, malam ni overtime ok" kata gua berterima kasih dekat darling. hanya senyuman manja yang dibalasnya. tapi gua tahu, disebalik senyuman itu, ada senyum singa jugak tu.
tiba-tiba anak sulung gua lari dekat gua. ditarik-tariknya kain pelikat gua. hampir londeh semuanya. nervous betul gua. memang, anak sulung perempuan gua ni lain macam sikit. memang gua didik dia jadi sedikit kasar. anak jantan mana berani masuk, cubalah.
cantik, muka macam mak dia.
"abah-abah, hari tu ustazah marah akak. dia kata nama akak tak ada maksud dalam islam" katanya merungut pada gua.
"siapa nama ustazah?" tanya gua.
"ustazah salamah. tapi dia suruh panggil ustazah sally jeh" balasnya.
"ouh, tak apa-tak apa. siapa kata nama akak tak ada maksud dalam islam. cuba akak ambil kertas dengan pensel. lepas tu tulis nama penuh akak. abah tunjuk, mesti ada punya" cakap gua padanya.
dia taat dan lari mendapatkan kertas dan pensel. lalu ditulis nama penuhnya pada kertas itu.
Lisa Imelda binti Muhammad Hilman.
walaupun tulisan nya sedikit buruk, gua masih boleh baca dengan jelas.
"haa, kan ada tu maksud islam. esok, akak bagi tau ustazah sally. nama akak bukannya lisa imelda je. tapi nama akak, lisa imelda binti muhammad hilman. nama abah pun, kiranya nama untuk akak jugak." kata gua.
"ohh, ok-ok. nanti akak cakap balik kat ustazah tuh." angguknya bersetuju.
'lepas tu, akak cakap kat ustazah tu. ustazah, lain kali ustazah boleh hilman sikit tak? sebab maksud hilman tu dalam islam yang bersopan santun" kata gua lagi.
"baik ayah, ini gua sayang lu lebih ni" balas lisa imelda sambil cium pipi gua.
emaknya hanya tersenyum sambil menyiram bunga ros melihat telatah kami berdua.
20 comments:
teddy!! Aku jatuh centa dgn cte k0 ni!! Arghh!! Suweeet gler..haha alm0st dying..haha
hahaha, random story je lahh. =D
suka jugak..huhu
OMGeeeeeeeees. suka gila post ni ! :D
haha, thanks emonn! =D
creative. nice. :)
thanks again jakk!
like it..thumbs up bro..
bapakku mmg hebat.. tabik springggggg! ~ lisa imelda.. hahah
terima kasih bapak!
:)
<3
:)
macam tiru sembang kencang je..
gua tak pasti la ika razak. apa maksud lu gua tiru? bahagian mana?
mungkin sebab kita orang ada perasaan sama kot nak jadi ayah ni.
ohh sekarang baru faham siapa gerangan lisa imelda tu. haha. sweet gila kot post ni.
tulah. tapi ada orang ckp i tiru orang lain pulak. nama pun naluri bapak sama ye tak. tapi nama anak lain2 lah. =D
amboi naluri bapak ye. tak sabar nak kawin la tuu. dah jumpa calon ke? :D
ish mesti comel anak u nanti
hahaha, belum jumpa la calon. carikan lah boleh.
haha. asal lak anak i comel.
haha! comey citer kau neh. ;p
ngan anak pon gua2 en..ngeh3
"baik ayah, ini gua sayang lu lebih ni" balas lisa imelda sambil cium pipi gua.
ni gua agak tak paham jugak.. anak lu panggil lu hilman aje ke? tak rasa cam kuang haja?
terbayon
Post a Comment