mangsa fesyen

gua jarang benci orang. memang jarang. selagi orang tu tak cari pasal, memang gua tak ada point pun nak pecah kan tingkap rumah dia. negro kurang asam ada lah jugak gua benci sekor dua. pastu dengan brader melayu yang bukak kedai makan, tapi nak tak nak kerjakan kedai makan dia. itu je golongan yang gua benci.

tapi hari ini gua rasa gua kena tambah lagi satu point benci kat orang ni. kira macam kau orang create page kat fesbuk to lah. "we hate justin bieber lah, we love anuar ibrahim lah". macam2 lagi la kan. gua dah mula start menyirap dengan orang2 yang konon boleh ganti lagenda2 golongan intelektual melayu tanah melayu dulu. yang konon baru baca satu buku dah sibuk bercakap macam pendeta Za'ba.

malas2 gua pun kadang ada rajin buat research. tapi tak adalah sehebat macam lu orang. komitmen gua pada stadi masih ada. macam mana nak jadi za'ba kalau belajar pun tak habis? itu isu yang paling diagungkan masa dahulu. yang kita kalah sebab british sudah berjaya masuk dalam isu pendidikan kita dahulu. macam mana kita hari ini, hasil2 pendidikan british lah. macam mana lu orang pergi kelas hari rabu kena pakai kemeja dengan tie, itu hasil2 british lah. ke lu orang tak pergi kelas?

gua tak kisah, lain orang lain hidup lain cara. ada orang dia junjung kitab karl max. macam mana dia benci govermen ke apa ke itu dia punya pasal. macam mana ideologi2 karl max banyak mempengaruhi kebanyakkan kehidupan seharian dia asalkan dia tidak membunuh, gua tak kisah. ada yang agungkan che guavera. dia nak sembang apa dengan gua, suka hati dia lah. dia nak gebang apa pasal ganja ke, cuban tobacco ke, itu dia punya pasal.

tapi, kalau betul lu orang nak junjung kita mulia al-quran sebagai obor hati lu orang. lu orang junjung baik. jangan depan orang bukan main cantik macam malaikat. tapi perangai sebenar sorang2 macam bangsat. lu kat fesbuk bajet alim. apahal? nak tekel bini solehah? cari kat masjid la bro. confirm boleh jumpa. pergi mekah, doa depan kaabah tu. kalau tuhan rasa lu layak, gua rasa 4 orang sampai depan mata pun takdehal. tak payah nak berlagak2 alim depan orang.

gua tak nak kata ini semua kitaran fesyen. memang betul, zaman ni semua sama. ia akan dikitar semula. macam mana gua sayang kurt kobain, macam baju dia pakai dululah gua pakai pergi kelas. takda masalah. tapi, macam mana golongan intelektual dulu berjuang. mereka berjuang bukan kerana nama. gua tak cakap lu orang macam apa. tapi nilai diri sendiri. betul2 sebab agama lu orang ke. betul2 sebab bangsa lu orang ke. atau sekadar secebis publisiti yang orang bodoh je kisah?

gua tak nak lah sembang pasal kiri ke kanan ke. segala ideologi tuh. lu orang simpan. gua hargai segala penjelasan dan ilmu yang kau orang kongsi. tapi gua mintak, lu orang jadi sedikit matang. sedikit matang je dari macam mana lu orang sekarang. tak perlu cipta pemikirian serabut. bagi orang2 muda pening dengan sejarah2 kau orang. tak perlu berdiskusi panjang lebar depan khalayak ramai dengan terma2 yang menggegar jantung tapi kelas pun lu orang tak pergi. cukuplah bangsat2 sekalian yang hidup terikut2 dengan orang sekeliling. semuanya kerana nama. sayang, semua kerana nama.

akhir kata, teruskan lah perjuangan kamu sahabat2 sekalian. prong pang lah sana sini. gua mintak satu jeh. isu agama ni jangan main-main lah. gua segan baca. teruskan lah berjuang untuk agama negara bangsa lu orang. tapi jangan lupa, ada satu table kat kedai mamak area lembah klang. lebih kurang 3-4 remaja biasa tengah lepak hisap rokok pekena teh tarik tak boleh ubah dunia macam pendeta za'ba suatu hari nanti.

8 comments:

n!da said...

takut

hilman.fikry said...

takut ape?

Daniel Ahmad said...

sokong :D

hilman.fikry said...

thanks den. =D

shned shahabuddin said...

tak faham.

jak² said...

perkasa! hahaha

Anonymous said...

"secebis publisiti yang orang bodoh je kisah?"

duuudde, i read one, 3 seconds before i post this comment.

hilman.fikry said...

cause i care.