selamat tinggal dunhil.

kau orang diam. hari ini memang aku tak nak jadi golongan positif. memang hari ini aku nak berfikiran negatif. harga rokok naik 70 sen lagi. dunhill sebelum ni 9.xx. lepas ni mahu jadi 10.xx. brand standard winston pall mall dulu 7.xx. lepas ni mahu 8.xx. bukan nak jadi orang bodoh. orang cakap, kalau naik harga boleh membantu orang berhenti hisap rokok. kepala taik kambing diorang. benda ni tak kan jadi punya. gua berani letak 5 jari, kalau gua salah boleh ambik lima2 potong terus.

nak tahu kenapa tak boleh jadi? sebab rokok seludup melambak. gua teka ekonomi rokok indon dalam masa terdekat akan naik. kedai2 aceh di sekitar gombak akan tersenyum gembira. jualan mereka akan meningkat. rakyat malaysia TERPAKSA support ekonomi ini sebab ini sahaja yang mereka mampu. yelah, gudang garam, nusantara, june, dan banyak lagi rokok seludup boleh didapati dengan harga mampu milik.

sekarang bagitau gua, apa efek lu orang naikkan harga tapi orang boleh beli rokok seludup? rokok seludup yang berjaya terlepas dari pengawasan orang2 gomen di sempadan2 tanah air. baik lu orang potong gaji dorang buat masuk akaun cukai lu orang dari lu orang sebat duit cukai dari poket2 kami ni lagi2 orang macam gua yang hanya seorang student ni.

lagi, gua berani letak jari lagi 5. budak2 sekolah yang tengah up nak hisap rokok tu lepas ni lagi lah selalu buat kerja tak senonoh. curi duit mak bapak. sebat barang2 beharga kat rumah. mat dadah yang gian tu, lagi banyak dia ragut orang. lagi banyak dia pau awek2 comel. lagi banyak pagar2 besi rumah orang kena potong. lagi banyak motor2 orang tak bersalah kena sebat. lu orang pernah fikir tak benda2 ni? lu orang tahu tak kehidupan orang2 susah ni? lupa pulak. lu orang sibuk hantar orang pergi bulan je kan. pastu kutip derma untuk orang pakistan je kan. kimen.

dah - memang gua dah teka dah. mesti ramai orang cakap kat gua. asal lu tak berhenti je der. meh nak sambung stori pulak. perokok mana tak nak berhenti. kalau berhenti rokok tu senang macam jadi perdana menteri dah lama dah gua berhenti. tipu lah kalau gua tak sayang mak ayah gua. tak sayang bakal2 bini gua. tak sayang bakal anak2 gua. tak sayang kawan2 gua. tapi berhenti rokok memang susah. tak payah nak cakap - kau boleh, kau mesti cuba. memang tiap2 hari kami cuba. mengurangkan sebatang satu hari itu pun kejayaan untuk kami. tapi apa sangat kejayaan itu pada mata2 yang tak pernah jadi perokok ni. yang tak pernah faham cara hidup kami. situasi dia sama sahaja. macam gua kutuk2 perdana menteri ini lah. sebab gua tak pernah rasa susah jadi perdana menteri ini.

akhir kata jangan pernah lu orang benci perokok, kami tidak pernah benci anda. dahla, sekian. gua nak pergi pau rokok krotok. (nampak? lagi satu kejahatan berlaku) kimen lah govermen.

p/s-moga lepas ni gua tak kejar benda2 dunia dah. sorry, tulis dengan penuh perasaan marah dan benci.

8 comments:

Atikah Khalil said...

haha krotok jugak jadi mangsa.

sabar la teddy ye :)

eymazaqeeya said...

ohh..kwn aku masa kecik2 jgk yg kau pau yek? Haha..pau lg.. Insyaallah stu hari nanti k0 b0leh brhenti teddy..i supp0rt u dr blakang..haha..dh jgn hangen2..meh aku blnje secret recipe..haha

hilman.fikry said...

tikah-haha, krotok kan hensem. kan krotok kan.

eyma- nak kek! lapar ouh.

:: cekodod :: said...

marah betul

eymazaqeeya said...

blh tp lu bwk wa kua la..wa beli kn lu kek..haha

Amal said...

aku tak rasa abah aku berhenti dari beli dunhill.

Lensa Perusak said...

terima kasih sebab tinggalkan jejak di blog. hehe.

siapa ni?

hilman.fikry said...

tiada siapa. mungkin lawan atau kawan baru. haha.

kawan baru la kot. tak kan lawan pulak kan.