tunggu.

kalau 50 tahun gua hidup, 49 tahun daripadanya dipenuhi dengan menunggu. gua menunggu pagi bertukar tengahari. kemudian menunggu matahari yang panas pergi. lalu datang senja yang indah. lagi, gua tunggu malam supaya gua boleh lelapkan mata dan terus menunggu siang dan dapat gua bangun lalu lihat matahari terbit. hendak menutup mata semasa tidur pun, gua menunggu. dulu, gua tunggu gua besar. bila boleh pakai kasut putih pergi sekolah rendah. dapat jumpa kawan-kawan. kemudian gua tunggu, dengan tak sabar bila gua boleh sarung seluar hijau nak masuk sekolah menengah. dekat sekolah, boleh jadi taiko, pukul budak. berlagak macho depan awek. kemudian gua tunggu lagi,. bila nak masuk universiti. nak buktikan kat mak abah gua bukan orang yang tak nak belajar. gua fikir masa depan dan gua ingin sangat berjaya. dah tu sekarang gua tunggu pulak bila nak kerja. dapat gaji, boleh bawak bini gua pergi habib jewel. boleh gua tengok dia senyum2 manja pancing gua. dah tu tunggu pulak bila nak ada anak cucu. boleh belanja cucu gua pergi disneyland ke. kemudian, tunggu dipanggil tuhan. betul, hidup ini memang menunggu. menunggu bas di stesen bas. menunggu waktu solat masuk. menunggu pensyarah yang lambat masuk ke kelas. menunggu orang balas mesej kau orang. menunggu peperiksaan untuk habis. menunggu baki duit untuk dipulangkan. menunggu lampu isyarat merah untuk menjadi hijau. menunggu enjin kereta dipanaskan. menunggu air hingga mendidih. menunggu nasi untuk masak. ahh, memang penuh dengan penungguan. dan juga menunggu orang yang kita sayang untuk juga menyayangi kita.

5 comments:

Q said...

penantian satu penyeksaan..... :)
weh, aku suke giler lagu bidadari! huhu nasib baik x buat ringtone hp...congratulation!

hilman.fikry said...

haha, thanks. tak payah la buat ringtone. sound quality buruk la tuh.

Amal said...

aku tak suka menunggu. walaupun sebenarnya aku tengah menunggu.

Para Jamaludin said...

entah kenapa aku dah boleh agak ayat last tu.

tapi aku rasa, dalam waktu menunggu, kau boleh buat apa saja yang kau suka.

tunggu bas, kau boleh sms.
tunggu solat, kau boleh baca quran.
tunggu masuk u, kau boleh kerja kat supermarket.
tunggu dapat anak, kau boleh usaha dengan bini kau.
tunggu dapat cucu, kau boleh bercucuk tanam belakang rumah.

tunggu orang yang kau sayang untuk menyayangi kau tu, kau boleh tanya tuhan.

menunggu memang membosankan.
terpulang kita macamana utk mengindahkan.

=)

doakan aku boleh jawab dengan cemerlang dalam exam esok.

Anonymous said...

haah. mmg xsuke tunggu.
tp mmg dlm hidop kene tunggu.
good luck exam bro.