ibu


kadang-kadang tak perlu apa-apa bahasa untuk difahami ibu. tak perlu juga sebarang bahasa isyarat untuk dimengerti ibu. tak perlu senyum pun ibu dah tahu aku gembira. tak perlu menangis pun dia sudah tahu aku sedih. kuat sangat kuasa ibu. lebih kuat dari poket doraemon. 

walaupun aku beribu batu jauh dari ibu, entah kenapa aku masih terasa sedang baring di pangkal rahim nya. aku rasa aku masih dalam pelukan dia. aku dah agak dah. kuasa ibu itu memang hebat. kalau dibuat betul kajian, aku yakin kuasa itu mampu menjana elektrik satu dunia. namun, malang tak berbau. bila-bila masa binasa mahu menjelma, maka datang lah ia. tiada perkara yang bisa melumpuhkan diri apabila melihat air mata ibu. 

selemah-lemah ciptaan aku mampu menerima jutaan hinaan. tapi tidak setitik air mata seorang ibu. sayangilah ibu anda tidak kira dia masih ada atau tidak. dan untuk ibu, bahagiakanlah kami semasa kami muda supaya kami rasa lebih senang untuk membahagiakan anda bila kami dewasa.

4 comments:

Anonymous said...

hari ni bday mak saya ^^

hilman.fikry said...

wish her for me then, =D

aisya said...

ibu ade magik, bile masak pn rse dia tak same dgn org lain.

*senyum*

n!da said...

emak!
=(..