cita-cita


Kalau aku seorang jurukamera, pasti penuh wajah engkau dalam negatif filem aku. Kalau aku seorang doktor pula, serahkan sahaja semua penyakit engkau. Kalau aku seorang mekanik, hati engkau itu aku jayakan. Kalau aku seorang arkitek pula, kamar tidur engkau aku agungkan. Kalau aku seorang penulis, setiap hari aku timangkan nama engkau dalam tulisan aku. Kalau aku pelukis pula, wajah engkau aku warnakan selalu. Kalau aku seorang guru, nama engkau tajuk pelajaran aku setiap hari. Kalau aku seorang wakil rakyat, perlembagaan perihal engkau aku canangkan. Kalau aku seorang askar, untuk engkau darah aku tumpahkan. Kalau aku seorang tukang jahit, baju tidur engkau aku gariskan. Dan kalau aku wartawan, hanya satu soalan aku ingin ajukan. Siapa sebenarnya aku dihati engkau. Hidup kan penuh dengan berangan. Siapa tak mahu berdiri di atas pelangi. Nampak mustahil, tapi bagi orang yang tidak mahu mengaku kalah macam aku tetap akan mengejar pelangi itu. Masing-masing ada cita-cita. Dan cita-cita aku untuk bersama engkau. Bila itu akan terjadi aku tak pernah tahu. Biar ketentuan menentukan. Buat masa sekarang biarlah aku dengan cita-cita dan pelangi aku.

10 comments:

eymma said...

penulis,arkitek,pelukis da exempted..haha

hilman.fikry said...

haha, takdelah. satu pun tak exempted lg. level 4 lg.

Atikah Khalil said...

sweetnyeeeeee D! untuk sape ni? :)

zulhadiri said...

tak kisahlah siapa pun kau, yang penting kau tulen diri sendiri. apatah lagi, kita ada sedikit sama sipi. melihat dunia bukan cuma dari mata, tapi jua dari pengamatan hati.

mokshamardya said...

kalau aku seorang pengkaji makanan?mcm mn tu hillman?

hilman.fikry said...

tkah - tak de tuk sape2 pun. =D

zul - moga hati aku berfungsi baik.

mardya - haha, kau kaji semua makanan dan pilih satu yang terbaik jeh. =D

+qAsiH naDiRa+ said...

NICE!

muyukerukatika said...

kalau aku seorang penggiat seni?apa akan hang buat?

n!da said...

kau ni mmg jiwang gilerz arh.
salute. give me 5 sket. hehe

tepianmuara said...

pergh!