hati


Hati. Bagi aku ianya suatu ciptaan tuhan yang paling agung. Aku tak pernah kisah kalau memang aku akan dilahirkan buta tanpa mata. Ataupun pekak tanpa gegendang telinga. Ataupun tuhan cipta aku cacat tiada kaki. Cukup bagi aku kalau dia kurniakan aku hati. Hati yang tahu melihat tanpa mata, yang tahu mendengar tanpa telinga. Aku pasti manusia tidak dapat menandingi kuasa tuhan dalam mengenal hati hamba-hambanya. Aku percaya, apabila tuhan ada bersama dengan hati kita maka akan dia ukirkan senyuman apabila dia tahu kita sedang gembira. Ataupun akan dia gugurkan air mata apabila dia tahu hati itu sedang bersedih. Atau mungkin dia tahu pada siapa hati itu berada kerana rasa kosong yang melanda. Mudah mulut mencanang kata-kata manis pada perempuan. Kadang-kadang aku rasa itu menipu. Lebih mudah menggunakan telinga mendengar rintihan-rintihan manja perempuan yang ditinggalkan. Dan teramat mudah untuk mata mengejar punggung-punggung yang singgah dalam penglihatan. Tapi, tak pernah mudah bila dalam hati kita hanya ada satu nama. Dan nama itu mungkin beribu batu jauhnya. Ataupun nama itu sudah pun milik orang lain. Dan pada saat itulah, bagi aku hanya tuhan yang tahu fungsi hati itu. Bagi aku cinta dan hati ibarat minuman keras dan dosa. Tak dapat dipisahkan. Mereka kata cinta itu buta. Ada betulnya disitu apabila kita bercinta dengan hati. Tanpa mata cinta itu sendiri boleh melihat.  Tanpa telinga cinta itu sudah pun mendengar. Tanpa sentuhan manja cinta itu pun mampu membelai. Terlalu ramai yang bicara perihal cinta, aku hanya salah seorang dari mereka. Jangan tanya sebab mengapa. Mungkin ini hanya sebahagian suara kecil hati aku. Atau mungkin hati ini tahu yang kehendaknya. Kerana hati aku selalu berkata, kalau aku dicipta bisu dan dia buta, tetap aku mencari jalan  beritahu cerita hati aku padanya. Kan aku percaya cinta bukan dengan mata, bukan dengan telinga tapi dengan hati. Dan, kalau lah dia tahu hanya nama dia dalam hati aku. Moga hatinya berfungsi.  

p/s-yang penting itu pengorbanan.

10 comments:

Q said...

:)
kamu sudah kembali.
rindu entry kamu. :)

hilman.fikry said...

haha. thanks cik eyma. support rajah 3.0 jgk tau. =D

Unknown said...

hati-hati menjaga hati,

sekali luka, bawa ke mati.

hilman.fikry said...

pasti. =D

mokshamardya said...

sy suka hillman

Para Jamaludin said...

the truth, aku cuma mahu hatikan cinta dengan jodoh. =)

Q said...

aku memang penyokong kuat kau hilman :)
go go teddy! hehe..rajah 3.0 best.. ada yang tersirat di sebalik tersurat. :)

shned shahabuddin said...

kenapa dah tak guna gua dengan lu orang? kenapa dah tukar kau aku?

NAJ HEBAT said...

tukar. kau aku lebih best kan?

gua sudah meninggalkan yang dulu.

rasa nya kau pon sama.

ok.

"Mudah mulut mencanang kata-kata manis pada perempuan."

gua rasa, sebagai perempuan, gua belajar dan terus belajar.

belajar untuk tak mudah percaya kat lelaki.

hailaahh.. mcm haraamm!

btw, 1st time datang sini. gua sudah leleh.





leleh air liur.

tak berlinang pon air mata, tacing eh?

hilman.fikry said...

mardya- haha, thanks debab. =D

para- tak best biar hati dan cinta ditentukan jodoh. yang terbaik itu kita khabarkan pada jodoh. =D

sha- tak adalah. mana ada tukar pun. ikut keselesaan je sbnrnya. kalau ada mood gua lu, mesti pakai balik punye. =D

naj- haha, tak payah nak leleh sangat lah. tipu je sume tu, gua kan laki. tak yah caya sgt. haha