tulisan

mari cerita tentang kebaikan menulis. banyak kebaikan menulis ini sebenarnya. bukan sahaja sebagai medium untuk kau orang meluahkan rasa gembira, kecawa, marah dan sebagainya. menulis secara langsung dan tidak langsung memberi impaknya sendiri pada penulis.

menulis mengajar anda berdiri. tidak kisah berdiri sendiri mahupun ramai-ramai. menulis mengajar anda mempertahankan pendirian yang ada dalam diri. penulis yang berani, tidak kisah mempertahankan pendapatnya walaupun seorang. penulisan yang berkesan mampu mengubah persepsi orang lain terhadap isu yang dibahaskan.

selain itu, menulis mendidik penulis itu sendiri. contohnya, bagaimana seseorang itu mahu menulis tentang kebaikan menutup aurat sedangkan dia sendiri tidak menutup aurat. ataupun, bagaimana seorang penulis itu petah berbicara tentang cinta pada orang lain, sedangkan dia sendiri gagal dalam menjaga hati kekasihnya. jadi, sebuah cerita itu harus ada dalam penulis itu kemudian barulah dicanangkan pada orang lain. dalam erti kata lain, tak payah nak kencang sangat, tapi apa pun takda.

lagi, menulis memupuk semangat untuk berkongsi. tidak kisah dengan sesiapa, orang yang dikenali ataupun orang yang tidak dikenali. hidup tanpa rahsia adalah yang sebaik-baiknya. tiada apa yang dibawa ke muka pengadilan kelak melainkan hanya amalan. yang lain, tinggalkan lah di bumi buat pedoman diri sendiri dan orang lain.

menulis juga dapat menambah keyakinan dalam diri seseorang. membuang sifat malu. belajar bagaimana berkomunikasi dengan kumpulan sasaran. dalam membentuk diri untuk berbeza dari orang lain, nilai-nilai tambahan begini yang perlu ada dalam diri masing-masing. bukan untuk mengejar nama atau kemegahan semata-mata cuma hanya untuk kepuasan membaiki diri sendiri.

cuma, janganlah menggunakan tulisan sebagai alat yang salah. menyebarkan propaganda misalnya. ataupun bercerita tentang keburukan hamba-hamba allah yang lain. menipu dalam penulisan juga ada pelbagai jenis. asalkan penipuan itu membawa kepada kebaikan, apa salahnya digunakan. 

menjaga etika dalam penulisan juga penting. jauhi plagiat dan hormatilah penulis yang lain. dunia penulisan sentiasa terbuka kepada sesiapa. ia tidak pernah memilih. sesiapa pun boleh menulis. jadi, marilah warnakan lagi dunia penulisan ini dengan pilihan warna masing-masing. 

p/s- tulislah sebanyak mana, dunia tetap akan baca. kalau bukan hari ini mungkin 20 tahun lagi.

3 comments:

Anonymous said...

suke menulis dan bace tulisan :)

Unknown said...

pergh

setuju gila bab la yang ni!

salute.

hilman.fikry said...

cik faeeza- baguslah begitu, berkongsi =D

hazen- haha, xyah nak salute sgt la. kongsilah pulak pendirian kau tentang tulisan. =D