yang penting itu dalam

setiap kali jalan pulang ke rumah, pasti ada serigala yang menanti berkeliaran di simpang tiga itu. dari situ memang hampir sudah ke rumah aku. tapi, kadang-kadang serigala itu menjadi halangan untuk aku pulang awal ke rumah. lalu ibu bapaku mesti marah tanpa tahu bahawa serigala itu penyebab kelewatan aku. lalu, setiap kali aku akan menunggu sehingga serigala-serigala itu berlalu. kalau takdir baik, ada sahaja 5 minit. kalau lama sikit setengah jam. kadang-kadang pernah juga melalut hingga 3 jam. semua takdir. dan ibu bapa pun semakin bising atas kelewatan aku balik rumah. takut juga aku kalau mereka sangka aku pergi ke tempat bukan-bukan.

lalu, hingga suatu hari dengan setitik penuh keberanian dalam diri aku. aku niat hendak jalan dan endahkan serigala-serigala tersebut. maka, aku terus jalan. aku kira ada tujuh serigala. ketika aku melepasi mereka, semua hanya duduk diam buat hal sendiri. maka, selamat pulang aku awal ke rumah. ibu pun gembira kerana boleh aku tolong dia memasak. esok-esok hari juga sama. aku terus berjalan tanpa bazir masa dan serigala-serigala itu masih dengan hal masing-masing.

p/s - hidup kena berani, kalau tak berani macam mana nak belajar hidup.

5 comments: