cuma bermonolog

kehadapan dinda,


kemana sahaja dinda menghilang. bukan mahu tuduh dinda bersembunyi. cuma rasa ini, sepertinya rasa satu kehilangan. bukan juga mahu menyalahkan dinda atas tuduhan menghilangkan diri cuma, sepertinya tadi mungkin diri aku sendiri yang terasa kehilangan.


kehilangan dinda aku sendiri tidak pasti harganya. sama ada ia bernilai ataupun tiada harga aku bukan melihat dari sudut pandangan itu. tapi yang pasti, ada sahaja yang tidak kena bila dinda menghilang. makan aku masih kenyang. mandi aku pun masih basah. tidur aku juga masih lena.


tapi aku sendiri tidak tahu apa yang tidak kena. mereka sekeliling aku terus bisik supaya aku jadi seorang yang kuat. berlakon seumpama mereka kenal diri aku sedangkan aku sendiri tidak kenal siapa aku. aku tidak pun membuang kesalahan pada mereka. itu kan normal bagi seorang manusia, berlakon baik cuba menenangkan manusia-manusia lain yang kehilangan. aku juga seperti mereka.


entah apa sahaja lagi yang aku hendak monologkan. entah dimana engkau sekarang. selamat malam telah aku ucapkan. selamat makan tengahari pun sudah. tapi itulah, masih tidak dapat aku nikmati senyuman itu. 


aku bukan jenis manusia yang melutut merayu minta belas kasihan. dan aku tidak berkasih atas nama belas kasihan. dan aku juga tidak pernah akan merayu kau kembali. dan aku janji tiada perkataan cuma selepas ayat ini.


cuma, aku mahu kau kembali.

1 comment:

Raden said...

u wrote dis? nice..
cuma..
aku tak tau sgt mnjiwang. aku suke geli2 je
hehe
toyol paling kiut
datang taw!