putaran

sehingga ada satu masa, aku rasa macam nak jadi orang biasa. biasanya yang terlalu biasa. aku tak mahu pandai main gitar. tak mahu naik pentas dendangkan melodi untuk rakyat. kemudian aku tak mahu jadi penulis. maka tiada yang kenal aku. tiada juga gadis yang singgah di tulisan aku dan tinggalkan parut dalam hati aku. tiada juga aku kenal lelaki-lelaki yang bajet macho nak cari gaduh dengan aku. padahal, aku rasa kami boleh jadi kawan baik kalau berjumpa di gelanggang lain. aku tak mahu jumpa ramai orang. maka, tiada siapa pun yang kenal aku. jadi bila mereka susah, mereka tidak menyusahkan aku sekali. dan yang paling penting, bila aku susah aku tidak juga bergantung pada orang lain. aku juga tak mahu jadi pendekar barisan hadapan. bersorak tentang kegilaan hidup seorang remaja yang darahnya masih mentah tapi bergelora. aku tak mahu bermain dengan parang. tak mahu bermain dengan cota. senang cerita, aku seperti di dalam tudung saji yang kecil bersama teman-teman  yang betul-betul boleh aku anggap teman. dan kadang-kala mengintai keluar melihat kelakuan manusia-manusia.

banyak benda yang aku tak mahu. sengaja aku malas tulis. nanti ada brader komen cakap gua berlagak pulak. cuma apa yang gua sedar sekarang. benda yang paling kita mahu ialah benda yang sebenarnya bukan keperluan untuk kita. aku rasa cukup kalau ada sebuah keluarga penyayang, dua-tiga kawan setia, seorang gadis setia dan sebuah akal yang digunakan dengan sebijaknya daripada ada keluarga tapi dibuang jauh, mahupun sejuta kawan tapi semua makan kawan, ataupun ribuan gadis tapi semua pandai melawan. endahkan aku. aku dalam keadaan paling bodoh untuk diri aku dan sedang menyalahkan takdir.

3 comments:

ceritaku MEMORIKU said...

begitu juga aku
aku rasa nak putarkan waktu
nak jadi orang yang biasa sahaja
tak dikenali ramai
mungkin lagi bahagia
tapi apakan daya
cara itu macam aku tolak takdirkan
-na'dz

hilman.fikry said...

haha, rasa kita rasa yang sama ek. =D

ENCIK TIKUS said...

"aku rasa cukup kalau ada sebuah keluarga penyayang, dua-tiga kawan setia, seorang gadis setia dan sebuah akal yang digunakan dengan sebijaknya"

bahagiakan kalau dapat hidup macam nie ?