Keparat Baby

bukan tak bersyukur gua dilahirkan sebagai muhammad hilman bin mohd fikri. sedikit gempal, tak ada lah gemuk macam afdlin shauki pun. muka ada lah sikit, setakat awek flat kota damansara pandang lagi kat gua ni. hidup gua tak adalah mudah mana pun. bukan nak meraih simpati, tapi keluarga gua antara keluarga yang merungut lah kalau bincang tentang isu kewangan. family gua juga bukan jenis datang mcd, order banyak-banyak lepas tu tak habis. lagi satu bapak gua paling pantang nak masuk kedai mahal selagi tak kena pada masanya.

kasut baju apa semua gua kena beli sendiri. bukan jenis sebulan beli dua tiga helai baju baru.gua bukan macam tu. gua mengaku kalau boxer memang mak gua yang beli. gua memang fail sikit beli benda-benda kat dalam ni. bagi gua boxer ni macam hati kita tau. hanya emak yang membasuh, kawan baik yang selalu depak depan rumah, dan gadis sekamar je tahu macam mana rupa boxer kita. comel ke, koyak tepi ke, ada daki ke. senang cerita aku masih mampu untuk hidup, tidak kebuluran tapi banyak lagi kehidupan orang kaya yang aku tak pernah rasa.

tipu lah kalau aku tak nak jadi kaya. mana ada orang tak nak jadi kaya. tanpa kita sedar, duit itu umpama
tuhan bagi mereka yang jahil. termasuk diri aku yang pernah bertuhankan duit. bukan nak berlagak dengan tuhan yang itu tapi apa yang aku nampak jadi dekat semua orang dan aku bersyukur tuhan pilih aku salah seorang untuk menulis tentang kehidupan sebegini.

tak salah mengejar duit. dan aku tak kisah pun cara masing-masing mengejar macam mana. itu usaha masing-masing. kita dekat sini bukan nak sembang pasal halal-haram. aku tak grad lagi nak cakap pasal benda-benda macam tu. apa yang aku nak kongsi dekat sini macam mana orang yang kaya terus jadi kaya, orang yang macam aku pula terus bekerja untuk duit dan orang yang lebih susah dari aku terpaksa bekerja lebih keras demi sesuap nasi dan ada golongan khas selepas itu terpaksa mengemis dan menjadi peminta sedekah untuk menjalani kehidupan.

mungkin ramai yang akan benci aku sebab hina orang susah. tapi sama ada percaya atau tidak dengan kadar
pembangunan negara kita sekarang sepatutnya 10 tahun yang lalu lagi sudah sepatutnya sudah sifar kadar peminta sedekah dalam negara kita. isu membasmi kemiskinan memang dah tepu. macam tahi dekat mangkuk jamban yang kotor kalau gosok pakai klorok pun dah tak boleh keluar. tapi kenapa masih ada? aku tanya, kenapa masih ada?

sekadar untuk berkongsi, kawan sekerja ayah aku pernah menyara hidupnya dengan menjadi peminta sedekah. pagi dia kerja sebagai mat despatch di pejabat ayah aku, malam dia ke kota raya meminta sedekah. dan pada masa itu, dia kata minumum dia dapat rm300. zaman ni masa aku sekolah rendah lagi. kalau nak cerita pasal peminta sedekah sekarang, boleh mencecah lebih rm500 kalau kena pada segitiga emas yang betul.

bukan nak salahkan kerajaan kerana tidak membantu. ataupun kerajaan terlalu banyak makan duit dari zaman perdana menteri pertama hingga sekarang dan isu ini tidak diselesaikan secara serius tapi apa yang aku nak tunjukkan di sini kuasa kita sebagai rakyat. biarlah bodoh-bodoh kerajaan terus makan duit haram rakyat, aku malas dah nak cerita pasal benda ini. kau cerita lah air liur keluar sebaldi, air mata darah selori pun tetap akan ada insan-insan yang mewarisi perangai baby mereka ini kerana hanya untuk mengejar kemewahan hidup. lalu lupa tujuan sebenar mereka sebagai khalifah di bumi ini.

caranya mudah, jangan menderma pada peminta-peminta jalanan ini. tak salah kalau menderma, tapi pastikan ia sampai pada ngo atau badan-badan organisasi yang betul. kerana jika anda terus menyuap mereka ini, mereka akan datang lagi dan bergantung pada meminta sedekah dan tidak mahu berusaha untuk bekerja. memang kita ada perasaan kasihan. tapi ada beza peminta sedekah yang datang minta duit dengan seorang makcik yang datang menjual kerepek. itu dua pekerjaan yang berlainan.

dan untuk itu aku seru kawan-kawan berhenti untuk menyuap mereka. kalau nak bagi pun, belikan makanan ke. bagi air, kuih muih ke. jangan sesekali hulur wang, kerana kita tak pernah tahu kemana wang itu pergi. bukan kita tak tahu, ataupun ada golongan yang tak ambil tahu.

bukan mahu menulis dengan penuh kemarahan dan menyalahkan kerajaan sebab mereka aku tak boleh kaya. tapi aku kecewa dengan dunia yang cantik dicipta allah ini sepatutnya kehidupannya bahagia, aman, makmur dan adil. tapi sayang bila wujud keparat-keparat yang hidup di muka bumi ini semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan orang lain, itu bangsat. golongan yang pentingkan diri sendiri. aku paling benci golongan ini. kalau menembak orang yang pentingkan diri dalam islam itu dibenarkan, memang aku tempah misil besar punya dari rusia.

kau orang bayangkan kenapa kereta proton yang diimport ke luar negara kualiti dia lebih tinggi dari yang dijual di malaysia. gua tak kisah apa jawapan mereka, yang gua tahu belum sampai setahun mak gua pakai myvi,  tingkap dia dah bocor. membe gua pakai waja dulu tak sampai setahun, power window tak cukup power pulak nak tutup. senang cerita, diorang sengaja buat kereta tu senang rosak untuk memeriah jualan spare part mereka.

walaupun aku baru setahun jagung dalam dunia bisnes, dan aku hormat cara mereka berfikir untuk meningkatkan hasil jualan tapi pernah kah mereka fikir tentang ibu tunggal anak tujuh. anak sulung rempit tak nak belajar.pernah tak mereka fikir anak gadis yang terpaksa melacur untuk menyambung pelajaran. yang menyamun, merompak untuk terus hidup. pernah tak mereka fikir pasal mereka ini? mereka ini lah semua pengguna lu orang! yang telah kau orang gunakan sebaiknya. baby betul.

bulan-bulan nak bayar tingkap lemak lah. tak termasuk nak ketuk kalau kemek sebab eksiden pulak. hutang kereta, hutang rumah, anak-anak pergi sekolah. makan-makan bini. sewa rumah. diaorang tak pernah fikir pasal benda ini sebab diorang hidup senang sangat. sewa rumah mana kena bayar. mana ada orang datang rumah tarik kereta kalau tak bayar. bil elektrik beribu pun takdehal. tapi orang yang kat bawah ni, terpaksa berhempas pulas untuk hidup dalam masa yang sama kau orang hidup senang dengan mengaut keuntungan duit orang susah. kau orang sedar tak korang kaya sebab duit orang susah. aku tahu, kau orang tak kisah pun. duit itu lebih penting dari lain bagi kau orang.

sebab itu aku tak mahu salahkan sesiapa. benda ini tiada penyelesaian kecuali mula dengan diri sendiri dan terus berdoa pada tuhan membantu kita dengan memudahkan pintu rezeki dibuka. dan kalau ada yang sahabat-sahabat aku jadi kaya nanti, tolonglah jangan berperilaku seperti mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan manusia, umat seagama, sebangsa.

2 comments:

Encik Psychopath said...

peminta sedekah skrg semakin menular. tapi rakyat malaysia bermurah hati dan terus menyokong menghulurkan sedikit.

Jimmy Stracqualursi said...

betul bro, benda ni hari2 jadi depan mata kita. patut sume nye kena mula dengan kudrat usaha kita sendiri la kan.