where i end and you begin

melupakan seseorang yang kita agungkan, umpama cuba mengingati seseorang yang kita tidak pernah kenal. sejauh mana hati berkeras memekik, semakin ego menidakkan suara kecil hati. cuba, berlakon tenang. cuba berlakon tidak senget. seolah permainan sedang berjalan padahal anda sudah kalah lagi dari awal permainannya. dan semakin kita cuba untuk melupakan dia, semakin kuat sebenarnya rasa itu padanya. kerana dalam masa itu, terlalu banyak fikiran kita melukis segala hari-hari semasa bersama ataupun memetik kembali ayat-ayat yang pernah digunakan untuknya. dalam pada masa itu, hanya diri serta tuhan tahu apa yang kita rasa. rasanya lebih teruk daripada anjing. bukan untuk membandingkan ciptaan tuhan, tapi anjing bercinta dengan batang nya. berbeza dengan kita manusia ada yang bercinta dengan batang, ada yang menggunakan jiwa, ada yang melalui hati dan macam-macam lagi yang membezakan kita dan mereka. jujur ia permainan yang sukar. kadang-kadang kita terpaksa menjerit dalam dia bahawa kita benci sangat padanya. tetapi masih ada suara-suara nakal yang rindu bau minyak wanginya. sehingga datang pula beberapa gadis dilayan tenang tetapi ada pada masa lapang masih namanya yang teringat dalam harian. bertahun aku menyusuri, masih belum sampai ke muara. kalau dia baca, aku pun tahuapa dia rasa. dan aku lebih suka dia yang membuat keputusan. bukan aku tak mahu bekerjasama tapi aku rasa sudah bertahun aku mendidik dia supaya jadi seorang yang kuat, bijak, dan lekas pandai membuat keputusan sendiri. tanpa sebarang hasutan kawan baiknya, ibunya atau sesiapa sahaja kecuali diri dan tuhan dia yang dipercayai. walaubagaimanapun kalau masih tidak aku sampai ke muara dan bersamanya, aku cabar mana-mana bunian di pinggir sungai datang menghadap bermain bersama di dalam sampan. datang lah menghadap, jangan hanya tahu mengendap.

***
rasa dah lama tak menulis

2 comments:

Ezzwan Mardzi said...

"rasanya lebih teruk daripada anjing."

maroon5 said...

mungkin kau hanya perlu meredhakan apa2 yang telah terjadi..
dan berbesar hati menerima benda2 yang akan jadi.