For Juliet.

dear juliet,

juliet apa khabar? sebenarnya saya segan nak tulis surat dengan juliet. biasalah ego lelaki. saya harap romeo awak tak ego macam saya. saya tak tahu nak mula dekat mana kerana dalam cerita saya, kami sendiri pun tidak pernah bermula di mana-mana. cukuplah sekadar juliet tahu nama dia lisa. tak payah la juga rasanya
saya cerita bagaimana saya sanggup tahan peluru untuk dia, rentas launtan api ke, tujuh gunung berhutan belukar ke kerana saya rasa juliet mesti faham apa yang saya rasa untuk lisa. lisa gadis tipikal sama macam perempuan biasa. cuma, untuk saya atas dunia ini, hanya ada seorang lisa. dan dah tentu, saya tidak akan jumpa gadis lain seperti lisa. tak nak lah cerita pasal gigi dia, atau gelak gila dia. tetapi untuk setiap masa yang kami luang bersama selalu jadi yang terindah untuk saya. ibu selalu kata belajar dulu. tetapi saya tak mahu menyesal lagi 30 tahun kerana tidak berusaha untuk mendapatkan lisa hari ini. namun, cabarannya terlalu sukar. lisa kini bersama figo. saya bukan tak mahu mendoakan kebahagian mereka, tapi saya mahu jadi lelaki yang figo akan doakan kebahagian lisa bersama saya. mulut lisa selalu cuba padam saya dari hidupnya. tapi saya tidak pasti apa kata hatinya. juliet, bagaimana untuk menegaskan pada lisa bahawa memang tiada orang lain yang mampu saya ingat setiap hari. setiap kata yang saya tulis. setiap lagu yang saya nyanyi. bagaimana juliet, bagaimana?

6 comments:

Unknown said...

sweet siokkkk

hilman.fikry said...

ni romeo yang tulis. aku copy & paste jeh.

intan.maisarah said...

harapnya hati juliet tidak berdarah bila mendengar luahan romeo

Mia Lara said...

suhweetnye :DD

hilman.fikry said...

intan - rasanya juliet berdarah ke nanti ek?

mia - ahaha, sweet dulu dgn skrg lain sikit kot.

Unknown said...

best! thumbs up!