#Gitar

gitar untuk aku kadang-kadang berhabuk di hujung katil. kadang-kadang aku goreng masa petang-petang. cukup masa, aku lap dengan kain basah. ada juga masa, sengaja aku letak tepi sewaktu tidur. aku peluk pakai peha. kadang-kadang sebelum lelap, aku petik sambil baring dan mata pejam. bukan tiap-tiap hari aku perlukan gitar. tapi kadang-kadang, bila ada perkara yang membuatkan aku ingin main gitar. maksud aku, terlalu sangat mahu main gitar. hingga tak senang kalau tak boleh main sambil nyanyi perlahan dengan lirik spontan sendiri. dan aku tak jumpa gitar, perasaannya hampir khinzir.

lalu sekarang, bukan aku mahu bandingkan sesiapa dengan gitar. tapi, walaupun apa yang berlaku dan ada saat dan ketika, aku tetap akan kembali mencari dia. tetap mencari dia. dia. faham tak? dia. kerana bagi aku, dia juga lah yang mampu hadirkan bunyi-bunyi iringi suara babi aku dikala waktu hidupku tersentak teringat kepada apa-apa perkara yang mampu mengingatkan aku kembali pada apa itu sedih, gembira, rindu dan sial. 

selamat malam. cilaka, gua tak jumpa gitar malam ni.

No comments: