Romeo dan Romeo, Juliet dan Juliet.

Seksualiti Merdeka? Dimana aku berdiri? Aku ambil isu ini secara umum. Tidak terlalu penting untuk aku korek isu ini secara mendalam. Bagi aku, ia ibarat pelangi dari barat yang penghujungnya jatuh di daerah timur. Segala-segala budaya, komunikasi, yang dibawa oleh warga barat dan telah sampai di timur. Dan Seksualiti Merdeka salah satu warna dalam pelangi itu.

Pelangi? Cantik rupanya. Seperti yang selalu dilihat mata. Tidaklah kita tahu apa yang ada disebaliknya. Sama ada ditakrif dari segi saintifik mahupun mistik. Namun bagi orang kebanyakkan, pelangi yang singgah tetap hanya menjadi tatapan kerana mungkin jatuh hati pada isipadu, mahupun warna pelangi. Dan bagi aku, aku suka lihat pelangi yang mempunya warna yang aku suka. Warna yang jelas wataknya. Kemudian aku cuba sentuh.

Untuk sekarang, warna isu Seksualiti Merdeka ini seperti hijau taik. Tidaklah terlalu menarik bagi aku untuk disentuh. Namun, aku tetap suka pada kehadirannya kerana mewarnai dunia ini. Namun, penting untuk kita tahu cara perjalanan generasi muda sekarang. Pensyarah aku pernah berkata, generasi sekarang lebih mencabar daripada menjadi generasi dulu. Mungkin ianya sesuatu yang boleh dibanggakan, namun kita harus tahu cara mengemudi perjalanan ini.

Generasi kita sekarang dihujani maklumat dari kiri, kanan, atas, bawah. Internet, porno, gambar lucah budaya sendiri. Majalah, gaya rambut artis terkini. Lurah dada artis tempatan. Suratkhabar, senarai pemenang nombor ekor, tajuk penuh sensasi. Berita, Buletin Utama, kepentingan ahli politik dijaga. Dunia, perang, rogol, onani. Dan sedar atau tidak, kita semua berada dalam pelangi ini. Berjalur-jalur warna yang keluar !
Semua sedang melihat pelangi. Ada yang memuji. ada yang mengeji.

Lalu mari kita lihat. Tidak kisah dari mana punca cahaya pelangi ini datang tapi yang penting tempat persinggahanya adalah hanya di halaman rumah kita. Aku tahu hidup bukan mudah. Oleh kerana itu, generasi ini harus tahu cara lihat dan sentuh pelangi. Masing-masing ada cara masing-masing. Ada yang sentiasa bersama tuhan. Ada yang kenal alkohol sebagai teman baik. Ada yang suka mengulas isu politik kerana mahu meniduri ramai perempuan. Ada yang beronani kerana melihat porno.

Kemudian, jalan ke arah cermin. Lihat diri anda, dimana anda berada. Kalau betul anda dapat rasa tuhan dibelakang anda. Alhamdulilah, anda tahu melihat dan sentuh pelangi. Tapi kalau anda seperti saya, rasa masih jauh dari tuhan, marilah timbulkan rasa mahu dekat dengan-Nya. Kerana apabila itu terjadi, kita tahu di mana patut kita berdiri kerana tiada satu agama pun yang menghalalkan amalan yang jahil dan menghalalkan yang haram itulah yang selalu terjadi pada kita.

Pada  ketika bayi berterabur dijalanan, adakah kita masih mahu mengamalkan hidup begini? Kerana percaya atau tidak salah satu kebaikan seksualiti merdeka ini ialah semakin ramai anak haram akan membesar dengan dikeji oleh budaya negara ini.

1 comment:

mimiey said...

seksualiti merdeka? kebebasan disalah guna.